5,000 Tetamu Meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Perbadanan Putrajaya.
FairusPadzil
Putrajaya, 21 Jun 2019 – Seramai 5,000 orang memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Putrajaya anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) bertempat di Lobi Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3.
Majlis dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Hj Khalid bin Abdul Samad, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutan, YBhg. Datuk Seri Haji Saripuddin Bin Haji Kasim dan Presiden PPj, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim serta ketua dan wakil agensi di Putrajaya.
5:11 PTG
Acara
,
Aidilfitri
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
,
Rumah Terbuka
Ada Teratai Gergasi Taman Botani Putrajaya?
FairusPadzil
Victoria
amazonica atau
dikenali sebagai Giant Water Lily
atau Teratai Gergasi merupakan
tumbuhan akuatik yang berasal dari keluarga Nymphaeaceae. Spesies
tumbuhan ini pertama kali dijumpai oleh pada tahun 1832 di benua Amerika
Selatan dan mudah didapati di sepanjang Sungai Amazon.
Genera tumbuhan ini
dinamakan sebagai Victoria sebagai penghormatan kepada Queen Victoria (1819
-1901). Spesies ini tumbuh subur di air yang tenang dan mendapat sinaran
matahari yang mencukupi.
Antara ciri unik Victoria amzonica ialah ukuran
daunnya yang lebar dengan garis tengah yang mencapai 3m. Daunnya berwarna
hijau dan mempunyai warna merah marun dibawahnya. Setiap individu boleh
menghasilkan sebanyak 5-7 helai daun yang boleh menampung berat hingga 10 kg.
Bunganya berwarna putih kebiasaannya bertukar
warna menjadi merah muda dan mekar pada malam hari serta mengeluarkan bau yang
wangi. Bunga ini kemudiannya didebungakan oleh kumbang yang aktif pada waktu
malam. Victoria amazonica boleh dibiakkan melalui biji benih dan
keratan.
Pengunjung yang hendak lihat sendiri tumbuhan ini, jom lihat kat Zon Etnobotani di Taman Botani Putrajaya.
4:57 PTG
Facts
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
,
Taman Botani
Warna Emas dan Hitam Jambatan Seri Gemilang Putrajaya Malaysia
FairusPadzil
Warna emas dan hitam Jambatan Seri Gemilang membangkitkan kegemilangan akan romantik dan tradisi klasik, dengan menara indah, gerbang, kepala tiang dan kemasan halus. Jambatan yang diilhamkan dari Pont Alexandre 111 di Paris ini tetap praktikal dan menjimatkan walaupun memukau mata yang memandang!
Jambatan gerbang keluli tiga rentang ini menggabungkan banyak elemen iaitu reka bentuk visual yang menarik dengan unsur aerodinamik ringan dan morfologi kawasan sekeliling. Keutamaan diberikan kepada kestabilan, ketahanan, kos penyelengeraan yang rendah dan perjalanan selesa melalui struktur yang tersergam gagah.
Jambatan gerbang keluli tiga rentang ini menggabungkan banyak elemen iaitu reka bentuk visual yang menarik dengan unsur aerodinamik ringan dan morfologi kawasan sekeliling. Keutamaan diberikan kepada kestabilan, ketahanan, kos penyelengeraan yang rendah dan perjalanan selesa melalui struktur yang tersergam gagah.
Empat menara utama juga disalut panel batu peratung hiasan yang menambah keindahan permukaan dinding, kesan skrin potongan, birai hiasan, kumai dan banir tiang. Tiang-tiang luar disalut khas dengan granit hijau Terengganu yang bergilap, dibentuk menjadi keluk parabola, untuk menyerlahkan lagi penampilan menara.
Sebagai sentuhan akhir, struktur anggun ini diberi kalungan emas yang digantung merentasi tepi jambatan dengan kalungan aloi tuang berwarna emas Buatan Malaysia yang pertama. Pada waktu malam, Seri Gemilang menghidupkan kembali keindahan cahaya tanglung zaman silam yang diperbuat dari besi dan logam dengan kemas bercat emas.
Reka bentuknya menekankan penggunaan maksimum sumber-sumber tempatan. Kerja reka bentuk dan pembinaan dilaksanakan oleh jurutera-jurutera tempatan menggunakan segmen-segmen keluli pasang siap untuk rangka gerbang yang digunakan sebagai pelantar kerja bagi kerja-kerja pembinaan seterusnya dan untuk kerja-kerja pemasanganbahan prating pada menara dan tepi jambatan. Bahan-bahan mentah yang digunakan dalam pembinaan jambatan adalah keluaran tempatan, dengan hanya 10 peratus bahan binaan diimport seperti kepingan keluli gred 50B yng tidak boleh didapati Malaysia.
12:47 PG
Facts
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
Pilon Berbentuk " Y" Merupakan Ciri Paling Menarik Jambatan Seri Wawasan Putrajaya
FairusPadzil
Seperti dibayangkan oleh namanya, Seri Wawasan adalah jambatan berasaskan satu wawasan yang berani. Jambatan tambatan kabel satu rentang berciri futuristic ini merentangi kaki langit Putrajaya bagaikan kapal layar. Reka bentuk jambatan tambatan kabel satu rentang dengan satu menara ini dianggap sebagai pilihan paling tepat untuk memberikan pelepasan yang mengcukupi bagi kegiatan sukan air di kawasan tasik sekitarnya. Ia bukan hanya cantik dipandang malah menjimatkan kos pembinaan.
Struktur hebat ini membawa reka bentuk dan pembinaan jambatan ke tahap baru. Jambatan Seri Wawasan mencatat sejarah sebagai jambatan jalan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kabel tambatan yang paling canggih di dunia.
Satu ciri Seri Wawasan yang paling menarik ialah pilon berbentuk “Y”. Pilon tegak ini menjukang setinggi 96.6 meter ke arah rentang utama dengan penopang konkrit 3,664 meter padu untuk kelihatanseperti layar kapal. Untuk menjamin struktur yang kukuh dan tahan, bahagian bawah pilon diperbuat daripada konkrit bertetulang yang diperkukuhkan dengan jalur keluli dan konkrit prestasi tinggi G60 berjalur silika ditambah ke dalam campuran konkrit. Sementara itu, bahagian atasnya menggunakan teknologi reka bentuk gabungan keluli dan konkrit yang unik pada bahaguan tambatan, menyediakan mekanisme bagi pemindahan tekanan secara cekap dan langsung dari tambatan depan ke tambatan belakang. Ini bertujuan membolehkan paip salur tambatan dan penambat kabel ditempatkan dengan tepat dan membenarkan pemeriksaan penambat kabel dalam kepala pilon bagi kerja-kerja penyenggaraan pada masa hadapan.
Satu lagi ciri unit menara Seri Wawasan ialah bahagian kelulinya setinggi 46.67 meter terbahagi kepada 11 segmen yang telah disiapkan di paras tanah di milang. Setiap segmen kemudian diangkat dan dikimpalkan pada kedudukan kekalnya. Segmen paling berat adalah kira-kira 27.7 tan. Oleh kerana pilon disendengkan, banyak kerja kejuruteraan pembinaan, pemeriksaan dan pengawasan repi perlu dilakukan di tapak untuk mencapai sudut yang dikehendaki.
MENCATAT REKOD
Curahan konkrit terus-menerus terbesar di Putrajaya: Jambatan Seri Wawasan memegang rekod curahan konkrit terus-menerus yang terbesar dalam pembangunan Putrajaya. Sejumlah 3,664 meter padu konkrit telah dicurah untuk mengacu secara berterusan pilon utama jambatan berukuran 21 meter x 36 meter. Curahan selama 53 jam itu bermula pada 10 jam pagi, 24 Jun 2000 dan selesai pada jam 3 petang pada 26 Jun, dan melibatkan 45 pekerja dan 50 lori yang bertugas sepanjang 24 jam. Lori mengangkut muatan konkrit 800 kali dari logi pembancuhan di Putrajaya.
Ujian lembar terbesar: Dua ujian kelesuan maksimum telah dijalankan di atas sistem tambatan yang dibebankan dengan 2 juta pusingan muatan berulang untuk menjamin sistem yang bermutu tinggi untuk jambatan ini. Ujian nagi 125 penambat lembar kabel itu mencipta rekod sebagai ujian terbesar disepertinya di dunia pada masa ujian dijalankan pada 2001!
Sumber: Buku Perspektif Pemaju
12:51 PG
Facts
,
Jambatan
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
Dataran Putrajaya atau Boulevard Putrajaya?
FairusPadzil
Diilhamkan oleh jalan persiaran seperti Champs Elysees di Paris dan Isfahan di Iran, Boulevard Putrajaya merupakan jalan yang terbentang selebar 100 meter merentasi sepanjang 4.2 kilometer di Pulau Utama. Kedua-dua hujung Boulevard ditandakan oleh dua struktur tersergam. Setiap satu terletak di atas anak bukit: Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri di Presint 1 di bahagian utara dan Pusat Konvensyen Putrajaya yang futuristik di Presint 5 di bahagian selatan. Jambatan-jambatan yang merentasi air menyediakan sambungan kepada Boulevard, yang kemudian menyatukan Kawasan Utama bandar raya (Presint 1-5) menjadi sebuah kawasan yang dinamik dan bersepadu. Dinina di sepanjang garisan kontur semula jadi topografi yang sedia ada, Boulevard juga membentuk paksi utara selatan bandar raya.
Boulevard merupakan entity tersendiri dan kekuatannya adalah dari reka bentuk tersusun atur usulan dari kemasan dan bahan-bahan yang digunakan di sepanjangnya. Ia merupakan yang pertama di dunia dengan jarak sedemikian. Jalan persiaran dengan susunan pokok di sepanjang Boulevard meneduhkan disamping memberikan perasaan litupan yang mengurangkan ketinggian bangunan dengan orang ramai pada aras jalan.
Sebagai tulang belakang bandar raya, Boulevard diselangi dataran-dataran dan plaza yang bertindak sebagai ‘titik pertemuan’. Di sini orang ramai boleh berhimpun , bersiar-siar atau berhenti untuk memerhatikan pergerakan dunia sekeliling.
Dari segi penggunaan, laluan persiaran berterusan ini terbahagi kepada dua bahagian: bahagian utara yang lebih formal dikhaskan untuk acara rasmi seperti perarakan Hari Kebangsaan dan pertunjukan tatu angkatan tentera , manakala bahagian selatan dikhaskan sebagai laluan persiaran tidak rasmi.

Boulevard mempunyai empat dataran awam, dengan setiap satu melambangkan warisan negara dipaparkan menerusi landskapnya. Dataran Wawasan (Presint 2), Dataran Putrajaya (Presint 4) dan Dataran Gemilang (Presint 4) bertindak sebagai sempadan presint selain menjadi penghubung bahagian-bahagian lain bandar raya. Dataran-dataran ini, yang terbentuk oleh bangunan-bangunan di sekelilingnya, adalah laluan keluar masuk. Latar langit bangunan dan ciri-ciri seni bina di sepanjang Boulevard ditentukan oleh ketinggian dan himpunan bangunan di setiap dataran.
Konsep Dataran Wawasan direka bentuk untuk menampilkan keharmonian alam semula jadi dan pembangunan. Bentuknya seperti globe, plaza terbuka berbentuk bujur terarah ke persisiran tasik pada paksi 20:20. Kompleks Kementerian Kewangan dan persisiran bebbaris pokok terbentuk bulan sabit terletak di paksi timur, dengan vista terbuka kea rah Taman Air Wawasan. Paksi barat pula dikelingi oleh laluan kanopi pejalan kaki yang unik dan rimbunan pokok-pokok.
Dataran rakyat pula terletak di dalam lingkungan Taman Linear di Selatan Boulevard yang terletak di Presint 4. Suasananya yang informal adalah sesuai sebagai tempat pertemuan orang ramai. Dataran Rakyat mempunyai aturan ruang bujur yang kuat yang terletak sejajar dengan Boulevard dan membentuk ruang terbuka untuk perjumpaan umum ataupun menikmati alam sekeliling.
Dataran Gemilang terlerak di tengah-tengah Kawasan Perniagaan Pusat. Ia direka bentuk sebagai sepasang bulatan sepusat-bahagian dalaman untuk pejalan kaki dan kenderaan. Plaza bergaris pusat 120 meter ini terletak pada paras yang lebih rendah dari sebuah arked kedai dan restoran di kelilingnya. Sebuah amfiteater yang terletak di sebelah hujung barat daya diwujudkan sebagai kawasan hiburan dan riadah awam. Untuka menambah kesenangan dan memudahkan pergerakan, Boulevard juga akan mempunyai lorong basikal serta pengangkutanawam berjadual. Stesen pengangkutan awam berjadual. Stesen monorel akan dibina dekat dengan dan sepanjang Boulevard. Sistem pengangkutan yang bersepadu ini akan membolehkan orang ramai bergerak dengan mudah di sepanjang Boulevard.
Tamat
Sumber: Buku Perspektif Pemaju Putrajaya
11:41 PTG
Facts
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
FairusPadzil
11:30 PTG
Acara
,
putrajaya; ppj
15 Keluarga Terima Sumbangan Bantuan Sudut Infaq Sempena Persiapan Hari Raya Aidilfitri
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 30 Mei 2019 - Perbadanan Putrajaya (PPj) serah sumbangan sudut infaq kepada keluarga kurang berkemampuan di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Minggu Infaq Putrajaya bertempat di Bilik Kesidang, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Majlis sumbangan ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Majlis ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diperolehi melalui penganjuran Minggu Infaq Putrajaya yang telah berlangsung pada 15 sehingga 26 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya bersempena Festival Ramadan Putrajaya 2019.
Melalui program tersebut, pihak PPj telah berjaya mengumpulkan sumbangan lebih kurang RM 13,449.00 hasil daripada sumbangan orang ramai, syarikat swasta dan badan korporat. Antara penyumbang utama adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Putrajaya Holdings, KK Mart, Orangebeam dan Pulse Group.
Pada majlis ini, seramai lima belas (15) penerima akan diraikan. Mereka adalah terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) di Putrajaya yang berdaftar dalam sistem eKasih. Setiap penerima akan menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 dan sedikit barangan keperluan harian bagi menampung kos keperluan harian terutamanya dalam persiapan menjelang syawal ini.
Untuk
makluman, sumbangan diterima melalui Minggu Infaq juga akan disalurkan ke sudut
infaq surau-surau sedia ada di sekitar Putrajaya dan disalurkan kepada
surau-surau terpilih sebagai inisiatif menubuhkan sudut infaq. Sumbangan akan
disampaikan melalui majlis berasingan. Program ini selaras dengan hasrat Perbadanan
Putrajaya melalui Blueprint Masyarakat Sejahtera agar setiap surau sekitar
Putrajaya mempunyai sudut infaq bagi menyantuni golongan kurang
berkemampuan/miskin bandar (B40) dalam kawasan setempat serta memupuk rasa
kesejahteraan masyarakat.
Penganjuran
Minggu Infaq Putrajaya tempoh hari dilihat mampu menyuburkan amalan berinfaq di
kalangan komuniti dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Dengan ini, PPj
berhasrat untuk meneruskan Minggu Infaq Putrajaya di masa hadapan.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)

















