Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Ada Teratai Gergasi Taman Botani Putrajaya?

Tiada ulasan

Victoria amazonica atau dikenali sebagai Giant Water Lily atau Teratai Gergasi merupakan tumbuhan akuatik yang berasal dari keluarga Nymphaeaceae. Spesies tumbuhan ini pertama kali dijumpai oleh pada tahun 1832 di benua Amerika Selatan dan mudah didapati di sepanjang Sungai Amazon. 

Genera tumbuhan ini dinamakan sebagai Victoria sebagai penghormatan kepada Queen Victoria (1819 -1901). Spesies ini tumbuh subur di air yang tenang dan mendapat sinaran matahari yang mencukupi.

Antara ciri unik Victoria amzonica ialah ukuran daunnya yang lebar dengan garis tengah yang mencapai 3m. Daunnya berwarna hijau dan mempunyai warna merah marun dibawahnya. Setiap individu boleh menghasilkan sebanyak 5-7 helai daun yang boleh menampung berat hingga 10 kg.

Bunganya berwarna putih kebiasaannya bertukar warna menjadi merah muda dan mekar pada malam hari serta mengeluarkan bau yang wangi. Bunga ini kemudiannya didebungakan oleh kumbang yang aktif pada waktu malam. Victoria amazonica boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan.



Pengunjung yang hendak lihat sendiri tumbuhan ini, jom lihat kat Zon Etnobotani di Taman Botani Putrajaya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan