Perbadanan Putrajaya

Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Memaparkan catatan dengan label PPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PPJ. Papar semua catatan

Evolusi Logo Perbadanan Putrajaya

Kalau ditanya, ada berapa versi logo Perbadanan Putrajaya, apakah agaknya jawapan yang bakal diterima?
Rasanya, jawapan paling popular ialah 2 versi.

Mungkin ada yang merasakan versi logo yang pertama, ini:


Dan versi logo yang kedua, ini:


Good try, but you are WRONG.

Sebenarnya ada 3 versi logo Perbadanan Putrajaya. Versi di atas sebenarnya adalah versi kedua dan ketiga logo Perbadanan Putrajaya. Ini versi pertama logo Perbadanan Putrajaya yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1995.


Eh, macam tiada beza antara logo pertama dan kedua?

Haaaa, tengok semula baik-baik. Untuk logo versi kedua, ada pertambahan perkataan PERBADANAN di atas logo.

Mengapa perlu tambah perkataan PERBADANAN?

Supaya orang tahu logo ini adalah logo Perbadanan Putrajaya. Jika hanya ada perkataan Putrajaya, orang tidak akan tahu logo ini untuk organisasi apa. Lebih-lebih lagi bila masih ramai yang keliru antara Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings.

Walaupun setelah pindaan dibuat pada tahun 2006, masih ramai yang menganggap logo ini sebenarnya logo Putrajaya Holdings. Mengapa?



Pertama, kesilapan terjemahan. Ramai yang beranggapan Perbadanan Putrajaya bila diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris ialah Putrajaya Holdings padahal terjemahan sebenarnya ialah PUTRAJAYA CORPORATION. Tetapi kalau dirujuk kepada Akta Perbadanan Putrajaya, tidak wujud terma Putrajaya Corporation. Ini bermakna, dalam teks Bahasa Inggeris pun kita tidak boleh merujuk kepada Perbadanan Putrajaya sebagai Putrajaya Corporation. Ianya masih dirujuk sebagai Perbadanan Putrajaya.

Kedua, logo Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings memang ada sedikit persamaan. Kedua-dua logo mempunyai bentuk dan warna yang hampir sama, maka tidak hairanlah jika orang ramai yang kurang peka menganggapnya logo yang sama.

Nah, maka wujudlah logo generasi ketiga Perbadanan Putrajaya yang diperkenalkan pada 4 Oktober 2013, cetusan ilham YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Logo yang dinamik ini masih mengekalkan ciri-ciri utama Perbadanan Putrajaya tetapi diberi nafas baru agar lebih menarik.


Masih ada yang keliru antara logo Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings?

PPj Juara Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi Kerajaan/Swasta Tahun 2014

17 Mei 2014 (Sabtu) : Kontinjen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj terdiri dari 25 orang pegawai dan pekhidmat sekali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi Kerajaan/Swasta Sempena Hari Bomba 2014 anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 17 Mei 2014 (Sabtu) bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya, Presint 7.


 Kontijen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj

Sebanyak 19 kontinjen terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta 6 kontinjen Pasukan Bomba Komuniti Putrajaya telah mengambil bahagian pada pertandingan kali ini melibatkan 3 kategori utama iaitu:

i.              Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu (Lelaki/Wanita)ii.            Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder          9 Kg Individu (Lelaki/Wanita)
iii.        Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle
 Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu

Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg
Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle

Kontinjen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj telah berjaya memenangi kategori seperti berikut:

1.            Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu Lelaki:
Ketiga         : Sepriyandi Bin Agusr
Keempat    : Mohd Safri Bin Mat Yassin
Kelima        : Mohd Azroy Bin Sulaiman

Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu
2.            Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu Wanita:
Naib Johan: Nurhidayah Binti Roselan
Keempat    : Rusnina Binti Ahmad

Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu


3.    Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg ( Individu Lelaki ):
Keempat  : Sepriyandi Bin Agusr
Kelima      : Mohammad Muhsein Bin Zulkiflee


Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg


4.            Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle:
Naib Johan:        Pasukan A
i.    Sepriyandi Bin Agusr
ii.    Mohammad Muhsein Bin Zulkiflee
iii.   Mohd Abd Fadhil Bin Abd Rahman
iv.  Nurhidayah Binti Roselan

Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.  PERBADANAN PUTRAJAYA merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan para peserta yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini serta diharapkan kejayaan sebegini dapat diteruskan di masa hadapan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH jua kepada seluruh Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj.

Sekian terima kasih.












Pencapaian Putrajaya

Putrajaya telah dibangunkan dengan infrastruktur dan taman yang lengkap sesuai dengan konsep Bandar Dalam Taman. Beberapa buah taman termasuk wetland dan tasik yang jumlah keluasannya hampir 40% dari keseluruhan kawasan Putrajaya telahpun disiapkan.
Dengan adanya kemudahan awam dan infrastruktur yang bertaraf dunia serta taman, wetland dan tasik yang cantik, Putrajaya telah menerima beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya ialah:

2000

  1. PAM 2000 Excellence Awards in Architecture
    • Terminal Bas dan Teksi Sementara Presint 9
  2. Anugerah Kualiti Perkhidmatan Perancangan Terbaik 2000
    • Kategori Pihak berkuasa Perancangan Tempatan

2001

  1. Anugerah landskap Negara 2001

2002

  1. PAM Awards 2002
    • Terminal Bas Presint 9

2004

  1. ASEAN Tourism Association (ASEANTA) 2004 Excellence Awards
    • Taman Wetland dianugerahkan Best Asean Conservation Effort semasa majlis makan malam ASEANTA di Vientiane, Laos pada Februari 2004.
  2. 2004 ACEM Engineering Award Competition
    • Planning and Design of Putrajya Stormwater Management System

2005

  1. Contruction Industry Development Board (CIDB)
    • Public Amenities Kelab Tasik Putrajaya
  2. Design Awards of Excellence, International Federation of Landscape Architects (IFLA) 2005
    • Taman Wetland dianugerahkan Best Concept Design semasa majlis makan malam 42nd IFLA World Congress 2005 di Glasgow, Scotland pada bulan Jun 2005.
  3. PAM Steel Award 2005
    • Ministry of Finance, Auditorium Complex Perbadanan Putrajaya, WTT (Putrajaya Sentral).

2006

  1. Tempat Pertama-Pertandingan Dataran Bunga Raya Peringkat Negeri/PBT
    • Sempena Festival Antarabangsa Landskap & Taman Malaysia 2006 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Landskap Negara.
  2. Gold Award- Laman Starlight Award
    • Sempena Festival Antarabangsa Landskap & Taman Malaysia 2006 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Landskap Negara.
  3. Silver Award-Laman Best Constructed Award
    • Sempena Festival Antarabangsa Landskap & Taman Malaysia 2006 di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur anjuran Jabatan Landskap Negara.
  4. Anugerah Penanaman Pokok Terbanyak Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara 2005
    • Perbadanan Putrajaya menerima anugerah tersebut di majlis perasmian Hari Landskap Negara di Taman Tasik Cempaka Bangi pada 3 Mac 2006.
  5. The Malaysia Book of Records
    • Kolaj Rama-rama Rajah Brooke Terbesar daripada Batu Kerikil semasa Festival Rama-rama di Taman Botani Putrajaya pada 29 Julai 2006.

2007

  1. MSC Awards 2007
    • Putrajaya GARBAGE (Solid Waste Managemant System) software on Fleet Management System - JV between PPj, Alam Flora and Internexus Protocol - A Pilot
  2. Anugerah Penanaman Pokok Terbanyak Kempen Menanam Pokok Seluruh Negara 2006
    • Perbadanan Putrajaya menjadi Johan Kategori Teknikal dan Naib Johan Kategori Pengurusan
  3. Konvensyen KMK Peringkat Wilayah Persekutuan bagi Sektor Awam Tahun 2007
    • Perbadanan Putrajaya mendapat tempat ke 3 Kategori Teknikal
  4. The Malaysia Book of Records
    • Pertunjukan Flora Terbesar semasa Floria Putrajaya 2007 pada 25 Ogos 2007 hingga 2 September 2007
  5. PAM Architectural Steel Award 2007
    • Depo Base Presint 9

2008

  1. Gold Award for Design Excellence di Hong Kong Flower Show
  2. Multimedia Development Corporation (MDeC) pada 16 Julai 2008
  3. Asean Energy Award 2008
    • 9th Asean Energy Efficient Building best practices Competition New & Existing Category : 2nd Runner up - PPj Complex Building
  4. Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008) 19-27 Julai
    • Anugerah Perak bagi laman Design Award
  5. Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008) 19-27 Julai
    • Anugerah Emas Laman Theme Award
  6. Flora Fest 2008, Kementerian Pelancongan Malaysia pada 26 Julai 2008
    • Anugerah Creative Trophy bagi Reka bentuk Terbaik dari segi kreativiti dan animasi

2010

  1. Pencapaian tahap Bandar Mampan dalam Program Pelaksanaan Petunjuk Bandar Malaysia
    • Pencapaian tahap Bandar Mampan dalam Program Pelaksanaan Petunjuk Bandar Malaysia (MURNINET) bagi tahun 2010 (skor sebanyak 94% iaitu tertinggi antara PBT yang lain
  2. Malaysia Landscape Architecture Awards 2010
  3. Green City category For Excellent Landskap Design & Planning, Implementation and Management (Taman Rimba Alam)
  4. Green City category For Excellent Landskap Design & Planning, Implementation and Management (Taman Warisan Pertanian)
  5. Green City category For Excellent Landskap Design & Planning, Implementation and Management (Sisiran Putrajaya)
  6. Pengiktirafan standard antarabangsa MS ISO 9001:2008
    • Pada 1 Mac 2010 bagi Perkhidmatan Pelesenan, Cukai Taksiran dan Pengurusan Alam Sekitar
  7. Anugerah kecemerlangan Pengurusan kewangan berdasarkan indeks Akauntabiliti bagi tahun 2009 dengan memperolehi 4 bintang (skor sebnayak 93%)
  8. Anugerah Cemerlang Malaysia Government Portals and Website Assessment 2010 malaysia Development Corporation (MDec) dengan penarafan 5 bintang

2011

  1. International Strategy for Disaster Reduction
    • Campaign Role Model for Making Cities Resillient
  2. Asean Environment Sustainable City Awards 2011
  3. Putrajaya Lake & Wetland as Ecohydrological Operational Site by UNESCO-IHP
  4. Excellence Award for Taman Wetland Putrajaya in the Green City category by Institute of Landscape Architects Malaysia
  5. Anugerah Bandar Lestari Alam Sekitar Peringkat ASEAN 2011
  6. Malaysia Government Portals and Website Assessment 2011 (Penarafan Lima Bintang)
  7. Penghargaan Inisiatif Kejiranan Hijau sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2011

2012

  1. Pengiktirafan standard antarabangsa MS ISO 9001:2008
    • Pada 8 Februari 2012 bagi Pengurusan dan Perkhidmatan Perbandaran Bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya
  2. International Exhibition and Conference on Sustainable Building, Design
    • Best Booth Design Award, 14 - 16 Februari 2012
  3. International Exhibition and Conference on Sustainable Building, Design and Construction (Green Build Asia 2012)
    • Best New Product Award (Green City Planning), 14 - 16 Februari 2012
  4. The Malaysian Book of Records
    • Putrajaya Inter Park Ride yang diadakan bersempena Karnival Wow! Putrajaya berjaya menarik penyertaan seramai 3,075 peserta
  5. The International Awards For Liveable Communities 2012
  6. MGPWA 2012
    • Malaysia Government Portals and Websites Assessment 2012

2013

  1. Interactive Media Awards 2013
    • Interactive Media Award (IMA), Best In Class (Arts/Culture) = World Wide Web Domination (www.putrajaya.gov.my)
  2. Interactive Media Awards 2013
    • Interactive Media Award (IMA), Best In Class (Government) = World Wide Web Domination (www.putrajaya.gov.my)
  3. 2013 Communicator Awards
    • Gold: 2013 Communicator Awards World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Visual Appeal)
  4. 2013 Communicator Awards
    • Gold: 2013 Communicator Awards, World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Travel/Tourism)
  5. 2013 Communicator Awards
    • Silver: 2013 Communicator Awards, World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Homepage)
  6. 2013 Communicator Awards
    • Silver: 2013 Communicator Awards, World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Community)
  7. 2013 Communicator Awards
    • Silver: 2013 Communicator Awards, World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Corporate Communications) 
  8. 2013 Communicator Awards
    • Silver: 2013 Communicator Awards, World Wide Web Domination (Putrajaya Portal Branding)
  9. Information Security Management System (ISMS) Certification Scheme
    • Perbadanan Putrajaya for successfully participating in the Information Security Management System (ISMS) complying to ISO/IEC 27001:2005 & MS ISO/IEC 27001:2007 for the year 2013
  10. Anugerah Pematuhan SAGA (SAGA Compliance)
    • Perbadanan Putrajaya telah menerima anugerah Sijil Pematuhan SAGA (SAGA Compliance) daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ke atas sistem ERMIS/SAP yang digunapakai pada 17 Disember 2013 selaras dengan keperluan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2011.
  11. The Malaysia Book of Records - Longest Vertical Landscape Wall

2014

  1. Social Media Excellence Awards
    • Pada 'World Bloggers and Social Media Awards' 2014, yang telah diadakan pada 26 Februari 2014 di Zebra Square, Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya telah menerima anugerah SOCIAL MEDIA EXCELLENCE AWARD Urban Wellbeing Engagement.
  2. Anugerah MyGDI Kebangsaan
    • SIMPOSIUM MAKLUMAT GEOSPATIAL KEBANGSAAN 2014
    • Perbadanan Putrajaya menerima Anugerah MyGDI Kebangsaan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) pada Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke 6 2014 yang diadakan dari 17-18 Mac 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
  3. Global Leadership Awards 2014
    • Tahniah diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Aseh Bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya di atas penganugerahan 'Global Leadership Award 2014' pada majlis yang telah diadakan pada 25 April 2014 di PICC.

Perbezaan antara Perbadanan Putrajaya (PPJ/PJC) dengan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH)



Ramai yang masih keliru dengan singkatan PPJ/PJC dan PJH.

PPJ atau PJC merupakan singkatan kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) ataupun Putrajaya Corporation (PJC) manakala PJH adalah singkatan kepada Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1996 di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Putrajaya. Pada 1 Febuari 2001, melalui Pindaan Perlembagaan (Akta 2001) [Akta A1095], Putrajaya telah diistiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Perbadanan Putrajaya merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutaan dan dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Manakala, Putrajaya Holdings pula adalah Pemaju Utama  Putrajaya. Ia telah ditubuhkan pada 19 Oktober 1995 dan dipertanggungjawabkan merancang dan membangunkan Putrajaya berdasarkan Pelan Induk Putrajaya. Pemegang saham Putrajaya Holdings adalah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat petroleum negara; Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), cabang pelaburan Kerajaan Malaysia; dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Maka secara kasarnya PPJ/PJC adalah organisasi yang menjalankan fungsi kerajaan tempatan dan PJH adalah pemaju pembangunan Putrajaya. Diharap dengan penerangan serba ringkas ini, tidak akan ada lagi kekeliruan diantara PPJ/PJC dengan PJH.