Memaparkan catatan dengan label Car Free Day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Car Free Day. Papar semua catatan
500 pengunjung santai di Program Singgah Seni dan Car Free Day Putrajaya
FairusPadzil
Putrajaya, 7 Julai 2019 - Lebih 500 pengujung bersantai dan beriadah di Program Singgah Seni dan Car Free Day Putrajaya.
Turut hadir bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Dr Aminuddin Bin Hassim.
Pelbagai program diadakan antaranya persembahan kebudayaan, jalanan, tarian tradisional serta turut menampilkan aksi fire eater dan badut. Bersempena dengan program singgah seni Putrajaya, julung kalinya turut diadakan program Car Free Day (CFD) Putrajaya pada waktu malam. CFD Putrajaya juga turut memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai dan melaksanakan aktiviti riadah seperti berbasikal dan berlari sambil menikmati keindahan malam di Putrajaya disamping aktiviti lain seperti booth sale, wayang pacak, jualan durian.
1:19 PG
Acara
,
Car Free Day
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
,
Singgah Seni
Lebih 300 peserta meriahkan LEBARUN Car Free Day Putrajaya
FairusPadzil
PUTRAJAYA,
23 JUN 2019 – Presiden Perbadanan
Putrajaya, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim melepaskan lebih 300 peserta larian LEBARUN
di Program Car Free Day (CFD)
Putrajaya bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Julung kali diadakan, LEBARUN atau larian lebaran diadakan
bagi memeriahkan lagi suasana dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. LEBARUN
melibatkan larian sepanjang 5 km bermula dari PPj melalui Persiaran Perdana (bouleverd) Putrajaya hingga ke Masjid
Putra dan berpatah balik ke PPj.
Kelainan penganjuran larian pada kali ini, para peserta akan
mengenakan busana raya serta perlu melengkapkan tugasan misteri untuk
mendapatkan medal yang terhad untuk 300 peserta terawal. Selain itu, peserta juga turut berpeluang untuk memenangi
pertandingan pakaian terbaik yang diadakan.
![]() |
YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Presiden PPj bersuafoto bersama peserta Lebarun CFD Putrajaya |
![]() |
YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Presiden PPj bersama sekretariat CFD Putrajaya |
CFD Putrajaya turut dimeriahkan dengan persembahan busking dari kumpulan The Kelaut yang
terdiri daripada cikgu-cikgu di Putrajaya,
aktiviti senamrobik hari raya dan aktiviti sukan tradisional jejak taman
Putrajaya.
Program CFD Putrajaya merupakan program bulanan PPj yang
diadakan setiap minggu pertama hari Ahad, bertujuan mengurangkan kadar
pelepasan karbon dari asap kenderaan serta menggalakkan aktiviti riadah di
kalangan warga Putrajaya di samping sebagai medium terbaik untuk menyemarakkan
elemen keceriaan serta kemeriahan di kawasan Persiaran Perdana, Presint 2, 3
& 4.
Pada
April lalu, CFD Putrajaya telah berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Record
(MBoR) dalam pelaksanaan tujuh disiplin sukan iaitu acara berlari, berbasikal,
berenang, berkayak, mendaki tangga, membuat terjunan bebas (base jump) dan
berkuda. CFD juga pernah menerima kunjungan tetamu VVIP YB Menteri dan YB
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Ketua Setiausaha Negara.
9:47 PTG
Acara
,
Car Free Day
,
Perbadanan Putrajaya
,
Putrajaya
Langgan:
Catatan
(
Atom
)