Evolusi Logo Perbadanan Putrajaya
Kalau ditanya, ada berapa versi logo Perbadanan Putrajaya, apakah agaknya jawapan yang bakal diterima?Rasanya, jawapan paling popular ialah 2 versi.
Mungkin ada yang merasakan versi logo yang pertama, ini:
Dan versi logo yang kedua, ini:
Good try, but you are WRONG.
Sebenarnya ada 3 versi logo Perbadanan Putrajaya. Versi di atas sebenarnya adalah versi kedua dan ketiga logo Perbadanan Putrajaya. Ini versi pertama logo Perbadanan Putrajaya yang digunakan sejak penubuhannya pada tahun 1995.
Eh, macam tiada beza antara logo pertama dan kedua?
Haaaa, tengok semula baik-baik. Untuk logo versi kedua, ada pertambahan perkataan PERBADANAN di atas logo.
Mengapa perlu tambah perkataan PERBADANAN?Haaaa, tengok semula baik-baik. Untuk logo versi kedua, ada pertambahan perkataan PERBADANAN di atas logo.
Supaya orang tahu logo ini adalah logo Perbadanan Putrajaya. Jika hanya ada perkataan Putrajaya, orang tidak akan tahu logo ini untuk organisasi apa. Lebih-lebih lagi bila masih ramai yang keliru antara Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings.
Walaupun setelah pindaan dibuat pada tahun 2006, masih ramai yang menganggap logo ini sebenarnya logo Putrajaya Holdings. Mengapa?
Kedua, logo Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings memang ada sedikit persamaan. Kedua-dua logo mempunyai bentuk dan warna yang hampir sama, maka tidak hairanlah jika orang ramai yang kurang peka menganggapnya logo yang sama.
Nah, maka wujudlah logo generasi ketiga Perbadanan Putrajaya yang diperkenalkan pada 4 Oktober 2013, cetusan ilham YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Logo yang dinamik ini masih mengekalkan ciri-ciri utama Perbadanan Putrajaya tetapi diberi nafas baru agar lebih menarik.
Masih ada yang keliru antara logo Perbadanan Putrajaya dan Putrajaya Holdings?
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan