Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

15 Keluarga Terima Sumbangan Bantuan Sudut Infaq Sempena Persiapan Hari Raya Aidilfitri

Tiada ulasan
PUTRAJAYA30 Mei 2019 -  Perbadanan Putrajaya (PPj) serah sumbangan sudut infaq kepada keluarga kurang berkemampuan di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Minggu Infaq Putrajaya bertempat di Bilik Kesidang, Kompleks Perbadanan Putrajaya. 

Majlis sumbangan ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.

Majlis ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diperolehi melalui penganjuran Minggu Infaq Putrajaya yang telah berlangsung pada 15 sehingga 26 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya bersempena Festival Ramadan Putrajaya 2019.

Melalui program tersebut, pihak PPj telah berjaya mengumpulkan sumbangan lebih kurang RM 13,449.00 hasil daripada sumbangan orang ramai, syarikat swasta dan badan korporat. Antara penyumbang utama adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Putrajaya Holdings, KK Mart, Orangebeam dan Pulse Group.

Pada majlis ini, seramai lima belas (15) penerima akan diraikan. Mereka adalah terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) di Putrajaya yang berdaftar dalam sistem eKasih. Setiap penerima akan menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 dan sedikit barangan keperluan harian bagi menampung kos keperluan harian terutamanya dalam persiapan menjelang syawal ini.










Untuk makluman, sumbangan diterima melalui Minggu Infaq juga akan disalurkan ke sudut infaq surau-surau sedia ada di sekitar Putrajaya dan disalurkan kepada surau-surau terpilih sebagai inisiatif menubuhkan sudut infaq. Sumbangan akan disampaikan melalui majlis berasingan. Program ini selaras dengan hasrat Perbadanan Putrajaya melalui Blueprint Masyarakat Sejahtera agar setiap surau sekitar Putrajaya mempunyai sudut infaq bagi menyantuni golongan kurang berkemampuan/miskin bandar (B40) dalam kawasan setempat serta memupuk rasa kesejahteraan masyarakat.

Penganjuran Minggu Infaq Putrajaya tempoh hari dilihat mampu menyuburkan amalan berinfaq di kalangan komuniti dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Dengan ini, PPj berhasrat untuk meneruskan Minggu Infaq Putrajaya di masa hadapan.




Tiada ulasan :

Catat Ulasan