Pilon Berbentuk " Y" Merupakan Ciri Paling Menarik Jambatan Seri Wawasan Putrajaya
Seperti dibayangkan oleh namanya, Seri Wawasan adalah jambatan berasaskan satu wawasan yang berani. Jambatan tambatan kabel satu rentang berciri futuristic ini merentangi kaki langit Putrajaya bagaikan kapal layar. Reka bentuk jambatan tambatan kabel satu rentang dengan satu menara ini dianggap sebagai pilihan paling tepat untuk memberikan pelepasan yang mengcukupi bagi kegiatan sukan air di kawasan tasik sekitarnya. Ia bukan hanya cantik dipandang malah menjimatkan kos pembinaan.
Struktur hebat ini membawa reka bentuk dan pembinaan jambatan ke tahap baru. Jambatan Seri Wawasan mencatat sejarah sebagai jambatan jalan pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi kabel tambatan yang paling canggih di dunia.
Satu ciri Seri Wawasan yang paling menarik ialah pilon berbentuk “Y”. Pilon tegak ini menjukang setinggi 96.6 meter ke arah rentang utama dengan penopang konkrit 3,664 meter padu untuk kelihatanseperti layar kapal. Untuk menjamin struktur yang kukuh dan tahan, bahagian bawah pilon diperbuat daripada konkrit bertetulang yang diperkukuhkan dengan jalur keluli dan konkrit prestasi tinggi G60 berjalur silika ditambah ke dalam campuran konkrit. Sementara itu, bahagian atasnya menggunakan teknologi reka bentuk gabungan keluli dan konkrit yang unik pada bahaguan tambatan, menyediakan mekanisme bagi pemindahan tekanan secara cekap dan langsung dari tambatan depan ke tambatan belakang. Ini bertujuan membolehkan paip salur tambatan dan penambat kabel ditempatkan dengan tepat dan membenarkan pemeriksaan penambat kabel dalam kepala pilon bagi kerja-kerja penyenggaraan pada masa hadapan.
Satu lagi ciri unit menara Seri Wawasan ialah bahagian kelulinya setinggi 46.67 meter terbahagi kepada 11 segmen yang telah disiapkan di paras tanah di milang. Setiap segmen kemudian diangkat dan dikimpalkan pada kedudukan kekalnya. Segmen paling berat adalah kira-kira 27.7 tan. Oleh kerana pilon disendengkan, banyak kerja kejuruteraan pembinaan, pemeriksaan dan pengawasan repi perlu dilakukan di tapak untuk mencapai sudut yang dikehendaki.
MENCATAT REKOD
Curahan konkrit terus-menerus terbesar di Putrajaya: Jambatan Seri Wawasan memegang rekod curahan konkrit terus-menerus yang terbesar dalam pembangunan Putrajaya. Sejumlah 3,664 meter padu konkrit telah dicurah untuk mengacu secara berterusan pilon utama jambatan berukuran 21 meter x 36 meter. Curahan selama 53 jam itu bermula pada 10 jam pagi, 24 Jun 2000 dan selesai pada jam 3 petang pada 26 Jun, dan melibatkan 45 pekerja dan 50 lori yang bertugas sepanjang 24 jam. Lori mengangkut muatan konkrit 800 kali dari logi pembancuhan di Putrajaya.
Ujian lembar terbesar: Dua ujian kelesuan maksimum telah dijalankan di atas sistem tambatan yang dibebankan dengan 2 juta pusingan muatan berulang untuk menjamin sistem yang bermutu tinggi untuk jambatan ini. Ujian nagi 125 penambat lembar kabel itu mencipta rekod sebagai ujian terbesar disepertinya di dunia pada masa ujian dijalankan pada 2001!
Sumber: Buku Perspektif Pemaju
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan