Perbadanan Putrajaya

Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Memaparkan catatan dengan label Pegawai Muda PPj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pegawai Muda PPj. Papar semua catatan

PPj Juara Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi Kerajaan/Swasta Tahun 2014

17 Mei 2014 (Sabtu) : Kontinjen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj terdiri dari 25 orang pegawai dan pekhidmat sekali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi Kerajaan/Swasta Sempena Hari Bomba 2014 anjuran Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 17 Mei 2014 (Sabtu) bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya, Presint 7.


 Kontijen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj

Sebanyak 19 kontinjen terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta 6 kontinjen Pasukan Bomba Komuniti Putrajaya telah mengambil bahagian pada pertandingan kali ini melibatkan 3 kategori utama iaitu:

i.              Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu (Lelaki/Wanita)ii.            Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder          9 Kg Individu (Lelaki/Wanita)
iii.        Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle
 Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu

Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg
Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle

Kontinjen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj telah berjaya memenangi kategori seperti berikut:

1.            Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu Lelaki:
Ketiga         : Sepriyandi Bin Agusr
Keempat    : Mohd Safri Bin Mat Yassin
Kelima        : Mohd Azroy Bin Sulaiman

Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu
2.            Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu Wanita:
Naib Johan: Nurhidayah Binti Roselan
Keempat    : Rusnina Binti Ahmad

Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu


3.    Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg ( Individu Lelaki ):
Keempat  : Sepriyandi Bin Agusr
Kelima      : Mohammad Muhsein Bin Zulkiflee


Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg


4.            Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle:
Naib Johan:        Pasukan A
i.    Sepriyandi Bin Agusr
ii.    Mohammad Muhsein Bin Zulkiflee
iii.   Mohd Abd Fadhil Bin Abd Rahman
iv.  Nurhidayah Binti Roselan

Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.  PERBADANAN PUTRAJAYA merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala kerjasama dan sokongan para peserta yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini serta diharapkan kejayaan sebegini dapat diteruskan di masa hadapan.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH jua kepada seluruh Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj.

Sekian terima kasih.












Santai di Dataran Gemilang bersama Dato' Siti Nurhaliza.

Istimewa pada program Santai di Dataran Gemilang pada minggu ini, kemunculan Dato' Siti Nurhaliza bagi meraikan ulang tahun ke-19 nya di dalam industri muzik. Tahniah diucapkan kepada Dato'.

Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering (PACG)

Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering (PACG) merupakan salah satu inisiatif program yang telah diilhamkan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat). Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Muda PPj

Objektif Utama Program ini adalah :
  • Sebagai platform mempromosikan Putrajaya sebagai satu tempat pelancongan yang menarik memperkembang serta mempopularkan lagi aktiviti permotoran khususnya autoshow dalam kalangan masyarakat; 
  • Membawa peminat-peminat kelab automotif untuk memeriahkan bagi memperkenal, mempromosi, mempamer serta berkongsi maklumat berkenaan industri automotif dengan berkonsepkan “konvoi & gathering”; 
  • Membina hubungan baik dengan kelab/persatuan auto sebagai salah satu komponen pihak yang berkepentingan kepada Perbadanan Putrajaya; 
  • Membantu dalam menyokong dan memeriahkan program/acara rasmi anjuran Perbadanan Putrajaya sepanjang tahun; 
  • Mewujudkan peluang ekonomi kepada masyarakat sekitar dan menjana pendapatan Negara; 
  • Menjadikan Putrajaya sebuah bandaraya yang “vibrant” sesuai dengan misi dan visi Putrajaya; 
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara Perbadanan Putrajaya dengan kelab/persatuan auto 
Sepanjang tahun 2013, sebanyak 3 program PACG telah diadakan dan berjaya mengumpulkan lebih daripada 2000 buah kenderaan dan 40 kelab dari pelbagai kelab permotoran di Malaysia.

Maklumat-maklumat lanjut berkaitan aktiviti program-program PACG boleh dirujuk di Facebook PPj ataupun PACG.

Santai di Dataran Gemilang

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di Putrajaya.  Antara aktiviti disediakan di setiap hujung minggu adalah Program Santai di Dataran Gemilang pada setiap hari Ahad.  Program ini bermula seawal jam 4:30 petang dan berakhir sekitar jam 7:00 petang.

Pelbagai aktiviti disediakan di program ini seperti persembahan pentas oleh artis-artis terkenal tanah air, gerai jualan, aktiviti untuk kanak-kana seperti persembahan badut, silap mata, mewarna dan sebagainya.  Selain itu kanak-kanak juga dapat mandi manda di kolam yang tersedia di Dataran Gemilang tersebut.