Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Dataran Putrajaya atau Boulevard Putrajaya?

Tiada ulasan



Diilhamkan oleh jalan persiaran seperti Champs Elysees di Paris dan Isfahan di Iran, Boulevard Putrajaya merupakan jalan yang terbentang selebar 100 meter merentasi sepanjang 4.2 kilometer di Pulau Utama. Kedua-dua hujung Boulevard ditandakan oleh dua struktur tersergam. Setiap satu terletak di atas anak bukit: Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri di Presint 1 di bahagian utara dan Pusat Konvensyen Putrajaya yang futuristik di Presint 5 di bahagian selatan. Jambatan-jambatan yang merentasi air menyediakan sambungan kepada Boulevard, yang kemudian menyatukan Kawasan Utama bandar raya (Presint 1-5) menjadi sebuah kawasan yang dinamik dan bersepadu. Dinina di sepanjang garisan kontur semula jadi topografi yang sedia ada, Boulevard juga membentuk paksi utara selatan bandar raya.

Boulevard merupakan entity tersendiri dan kekuatannya adalah dari reka bentuk tersusun atur usulan dari kemasan dan bahan-bahan yang digunakan di sepanjangnya. Ia merupakan yang pertama di dunia dengan jarak sedemikian. Jalan persiaran dengan susunan pokok di sepanjang Boulevard meneduhkan disamping memberikan perasaan litupan yang mengurangkan ketinggian bangunan dengan orang ramai pada aras jalan. 

Sebagai tulang belakang bandar raya, Boulevard diselangi dataran-dataran dan plaza yang bertindak sebagai ‘titik pertemuan’. Di sini orang ramai boleh berhimpun , bersiar-siar atau berhenti untuk memerhatikan pergerakan dunia sekeliling. 

Dari segi penggunaan, laluan persiaran berterusan ini terbahagi kepada dua bahagian: bahagian utara yang lebih formal dikhaskan untuk acara rasmi seperti perarakan Hari Kebangsaan dan pertunjukan tatu angkatan tentera , manakala bahagian selatan dikhaskan sebagai laluan persiaran tidak rasmi.



Boulevard mempunyai empat dataran awam, dengan setiap satu melambangkan warisan negara dipaparkan menerusi landskapnya. Dataran Wawasan (Presint 2), Dataran Putrajaya (Presint 4) dan Dataran Gemilang (Presint 4) bertindak sebagai sempadan presint selain menjadi penghubung bahagian-bahagian lain bandar raya. Dataran-dataran ini, yang terbentuk oleh bangunan-bangunan di sekelilingnya, adalah laluan keluar masuk. Latar langit bangunan dan ciri-ciri seni bina di sepanjang Boulevard ditentukan oleh ketinggian dan himpunan bangunan di setiap dataran. 

Konsep Dataran Wawasan direka bentuk untuk menampilkan keharmonian alam semula jadi dan pembangunan. Bentuknya seperti globe, plaza terbuka berbentuk bujur terarah ke persisiran tasik pada paksi 20:20. Kompleks Kementerian Kewangan dan persisiran bebbaris pokok terbentuk bulan sabit terletak di paksi timur, dengan vista terbuka kea rah Taman Air Wawasan. Paksi barat pula dikelingi oleh laluan kanopi pejalan kaki yang unik dan rimbunan pokok-pokok. 


Dataran rakyat pula terletak di dalam lingkungan Taman Linear di Selatan Boulevard yang terletak di Presint 4. Suasananya yang informal adalah sesuai sebagai tempat pertemuan orang ramai. Dataran Rakyat mempunyai aturan ruang bujur yang kuat yang terletak sejajar dengan Boulevard dan membentuk ruang terbuka untuk perjumpaan umum ataupun menikmati alam sekeliling.


Dataran Gemilang terlerak di tengah-tengah Kawasan Perniagaan Pusat. Ia direka bentuk sebagai sepasang bulatan sepusat-bahagian dalaman untuk pejalan kaki dan kenderaan. Plaza bergaris pusat 120 meter ini terletak pada paras yang lebih rendah dari sebuah arked kedai dan restoran di kelilingnya. Sebuah amfiteater yang terletak di sebelah hujung barat daya diwujudkan sebagai kawasan hiburan dan riadah awam. Untuka menambah kesenangan dan memudahkan pergerakan, Boulevard juga akan mempunyai lorong basikal serta pengangkutanawam berjadual. Stesen pengangkutan awam berjadual. Stesen monorel akan dibina dekat dengan dan sepanjang Boulevard. Sistem pengangkutan yang bersepadu ini akan membolehkan orang ramai bergerak dengan mudah di sepanjang Boulevard. 

Tamat

Sumber: Buku Perspektif Pemaju Putrajaya

Tiada ulasan :

Catat Komen