Memaparkan catatan dengan label ; awards. Papar semua catatan

Perbadanan Putrajaya Dianugerahkan Social Media Excellence Award - Community Engagement
FairusPadzil
Perbadanan Putrajaya telah menerima anugerah Social Media Excellence Award - Community Engagement di Malaysia Social Media Week Awards 2019 di MiTEC 25 April 2019.
Penganugerahan telah dinilai di atas kecermelangan Perbadanan Putrajaya di atas penglibatan aktif di dalam sosial media platform iaitu di Facebook, Twitter, dan Instagram.
12:44 PG
; awards
PPj Juara Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi Kerajaan/Swasta Tahun 2014
perbadanan putrajaya
17 Mei 2014 (Sabtu) : Kontinjen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj terdiri dari 25 orang pegawai dan
pekhidmat sekali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi
Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran Agensi
Kerajaan/Swasta Sempena Hari Bomba 2014 anjuran Jabatan Bomba Dan
Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 17 Mei 2014 (Sabtu) bertempat di Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya,
Presint 7.
Kontijen Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj
|
Sebanyak 19
kontinjen terdiri dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta 6 kontinjen
Pasukan Bomba Komuniti Putrajaya telah mengambil bahagian pada pertandingan kali
ini melibatkan 3 kategori utama iaitu:
Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu
|
Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder
9 Kg
|
Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle |
Kontinjen Pasukan
Keselamatan Kebakaran PPj telah berjaya memenangi kategori seperti berikut:
1.
Kawad Membentang Hos 100
Kaki ( Kering ) Individu Lelaki:
Ketiga : Sepriyandi Bin Agusr
Keempat : Mohd Safri Bin Mat Yassin
Kelima : Mohd Azroy Bin Sulaiman
Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu
|
2.
Kawad Membentang Hos 100
Kaki ( Kering ) Individu Wanita:
Naib Johan: Nurhidayah Binti Roselan
Keempat : Rusnina Binti Ahmad
Kawad Membentang Hos 100 Kaki ( Kering ) Individu |
3. Pertandingan Memadam
Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder 9 Kg ( Individu Lelaki
):
Keempat : Sepriyandi Bin Agusr
Kelima : Mohammad Muhsein Bin
Zulkiflee
Pertandingan Memadam Kebakaran Mengunakan APA (Alat Pemadam Api) Dry Powder
9 Kg
|
4.
Kawad Pam Berpasukan
Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle:
Naib Johan: Pasukan A
i. Sepriyandi Bin Agusr
ii. Mohammad Muhsein Bin Zulkiflee
iii. Mohd Abd Fadhil Bin Abd Rahman
iv. Nurhidayah Binti Roselan
Kawad Pam Berpasukan Campuran (Basah) satu Aliran 300 Kaki 1 Nozzle
|
Syabas dan
tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang.
PERBADANAN PUTRAJAYA merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih di
atas segala kerjasama dan sokongan para peserta yang terlibat dalam menjayakan
pertandingan ini serta diharapkan kejayaan sebegini dapat diteruskan di masa
hadapan.
TERIMA KASIH DAN TAHNIAH jua kepada seluruh Pasukan Keselamatan Kebakaran PPj.
Sekian terima
kasih.
Kronologi Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
perbadanan putrajaya
2 Jun 1993
Kerajaan telah memilih Prang Besar sebagai tapak yang sesuai untuk menempatkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru, berdasarkan lokasinya yang strategik di koridor pembangunan Kuala Lumpur dan KL International Airport.

Ladang Prang Besar
4 Disember 1993
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Semenanjung Malaysia) telah membentangkan Konsep awal pembangunan bagi kawasan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya di Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Menyelaras Pembangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya Bil. 1/93 dan pada dasarnya dipersetujui.
16 Disember 1993
Tapak yang telah dikenal pasti bagi pembangunan Putrajaya hendaklah diisytihar di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Balik Tanah 1960(Akta 486).
Disember 1993
Kerajaan Persekutuan telah melantik enam firma perunding tempatan yang bergabung dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menyediakan pelan konsep Putrajaya.
15 Disember 1994
Sejumlah 5 reka bentuk konsep pembangunan Putrajaya telah dikemukakan kepada kerajaan. Walau bagaimanapun konsep 'Bandar Dalam Taman' telah dipilih.

Pemandangan dari bukit PICC ke arah pembangunan Presint 3 & 4.
22 Februari 1994
Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Menyelaras Pembangunan Pusat Pentadbiran Putrajaya telah memutuskan supaya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa bersama beberapa agensi Kerajaan bekerjasama dengan perunding tempatan ( yang dinamakan Konsortium Prang Besar) untuk menyediakan Pelan Konsep Pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya.
20 April 1994
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Pelan Konsep Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
12 Oktober 1994
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan untuk menukar Prang Besar kepada Putrajaya sebagai memperingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri yang pertama.
Disember 1994
Berdasarkan kepada konsep Bandar Dalam Taman, Pelan Struktur telah disediakan yang merangkumi keluasan 15,000 hektar, ini termasuk Bandar Cyberjaya, IT City serta Kawasan Simpanan Melayu; dengan persetujuan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelaras Pembangunan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Rancangan Struktur Putrajaya dan Sebahagian Daerah Sepang telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 1530 Jld. 48 Tambahan 1 pada 1 November 1995.
22 Februari 1995
Pelan Induk Perancangan Pembangunan Pusat Pentadbiran telah diluluskan oleh Kerajaan yang merupakan peringkat kedua penyediaan Pelan Pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya di mana pengubahsuaian telah dibuat berdasarkan ciri-ciri semula jadi tapak dan maklumat-maklumat yang lebih terperinci.
15 April 1995
Unit Pembangunan telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi merangka dasar serta strategi pembangunan, melaksana dan menyelaras perancangan serta pelaksanaan projek bagi memastikan pembangunan Putrajaya dapat dijalankan dengan lancar. Urus setia Jawatankuasa Induk bagi Menyelaras Pembangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah diambil alih oleh Unit Pembangunan daripada Unit Perancang Ekonomi, JPM. Ianya dipengerusikan oleh Y. Bhg. Ketua Setiausaha Negara.

Master Plan 1995
20 Julai 1995
Satu perjanjian penubuhan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan telah dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor, di bawah Perkara 80(5) Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan mana-mana fungsi pihak berkuasa bagi mentadbir dan mengurus kawasan Putrajaya bagi pihak Persekutuan.
29 Ogos 1995
Satu pelancaran bagi merasmikan pembangunan Putrajaya telah dibuat oleh Y.A.B Perdana Menteri.
30 Ogos 1995
Kerajaan (melalui Meysuarat Jemaah Menteri) telah meluluskan satu mekanisme pelaksanaan dan pembiayaan pembanguanan Putrajaya iaitu penubuhan syarikat usaha sama yang dikenali Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PHSB) yang mana ianya terdiri darioada PETRONAS (40%) Khazanah Holdings (40%) dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20%).
27 September 1995
Kerajaan juga menetapkan kaedah-kaedah berikut dipatuhi melalui Meyuarat Jemaah Menteri:
19 Oktober 1995
PHSB telah ditubuhkan dengan modal yang dibenarkan ialah RM3.0 billion.
15 November 1995
Kerajaan telah meluluskan memberi pajakan tanah tapak Pusat Pentadbiran Putrajya kepada PHSB melalui perjanjian pajakan berdaftar untuk tujuan pembangunan melalui kaedah penswastaan. Surat hak milik tanah tersebut diadaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara pegangan kekal dan tanpa sekatan penggunaan tanah.
29 November 1995
Kerajaan Selangor telah meluluskan pemberimilikan keseluruhan tapak tanah Putrajaya atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
1 Mac 1996
Susulan daripada perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536). Sehubungan itu, segala fungsi dan peranan yang pada asalnya diselaraskan oleh Unit Pembangunan Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri telah diambil alih oleh Perbadanan.
10 September 1996
Y.A.B. Perdana Menteri telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi Presint Kerajaan.
4 Disember 1993
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Semenanjung Malaysia) telah membentangkan konsep awal pembangunan bagi kawasan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya di Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Menyelaras Pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya Bil. 1/93 dan pada dasarnya dipersetujui.
Master Plan pada 1997

Pembinaan Masjid Putra

Pembinaan Istana Kehakiman

Pembinaan Kompleks Perbadanan Putrajaya

Pembinaan Kompleks Seri Perdana

- PHSB melaksanakan keseluruhan projek Putrajaya berasaskan kepada prinsip-prinsip pembangunan seperti pembangunan seperti Pelan Susun Atur dan falsafah, pembangunan yang telah ditentukan oleh Kerajaan;
- PHSB mengemukakan cadangan terperinci termasuk cadangan meminimumkan pembiayaan langsung daripada Kerajaan;
- Setiap komponen projek yang akan diswastakan hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Namun demikian, pihak Kerajaan perlu dimaklumkan terlebih dahulu pihak yang akan ditawarkan penswastaan; dan
- Perkhidmatan yang telah diswastakan di peringkat nasional seperti pembentungan, pengurusan sisa pepejal dan lain-lain ditawarkan terus kepada pemegang konsesinya.
19 Oktober 1995
PHSB telah ditubuhkan dengan modal yang dibenarkan ialah RM3.0 billion.
15 November 1995
Kerajaan telah meluluskan memberi pajakan tanah tapak Pusat Pentadbiran Putrajya kepada PHSB melalui perjanjian pajakan berdaftar untuk tujuan pembangunan melalui kaedah penswastaan. Surat hak milik tanah tersebut diadaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan secara pegangan kekal dan tanpa sekatan penggunaan tanah.
29 November 1995
Kerajaan Selangor telah meluluskan pemberimilikan keseluruhan tapak tanah Putrajaya atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
1 Mac 1996
Susulan daripada perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536). Sehubungan itu, segala fungsi dan peranan yang pada asalnya diselaraskan oleh Unit Pembangunan Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri telah diambil alih oleh Perbadanan.
10 September 1996
Y.A.B. Perdana Menteri telah menyempurnakan upacara pecah tanah bagi Presint Kerajaan.
4 Disember 1993
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Semenanjung Malaysia) telah membentangkan konsep awal pembangunan bagi kawasan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya di Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi Menyelaras Pembangunan Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya Bil. 1/93 dan pada dasarnya dipersetujui.

Master Plan pada 1997

Pembinaan Masjid Putra
Pembinaan Istana Kehakiman
Pembinaan Kompleks Perbadanan Putrajaya
Pembinaan Kompleks Seri Perdana
Langgan:
Catatan
(
Atom
)