Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
15 Keluarga Terima Sumbangan Bantuan Sudut Infaq Sempena Persiapan Hari Raya Aidilfitri
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 30 Mei 2019 - Perbadanan Putrajaya (PPj) serah sumbangan sudut infaq kepada keluarga kurang berkemampuan di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Minggu Infaq Putrajaya bertempat di Bilik Kesidang, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Majlis sumbangan ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Majlis ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diperolehi melalui penganjuran Minggu Infaq Putrajaya yang telah berlangsung pada 15 sehingga 26 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya bersempena Festival Ramadan Putrajaya 2019.
Melalui program tersebut, pihak PPj telah berjaya mengumpulkan sumbangan lebih kurang RM 13,449.00 hasil daripada sumbangan orang ramai, syarikat swasta dan badan korporat. Antara penyumbang utama adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Putrajaya Holdings, KK Mart, Orangebeam dan Pulse Group.
Pada majlis ini, seramai lima belas (15) penerima akan diraikan. Mereka adalah terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) di Putrajaya yang berdaftar dalam sistem eKasih. Setiap penerima akan menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 dan sedikit barangan keperluan harian bagi menampung kos keperluan harian terutamanya dalam persiapan menjelang syawal ini.
Untuk
makluman, sumbangan diterima melalui Minggu Infaq juga akan disalurkan ke sudut
infaq surau-surau sedia ada di sekitar Putrajaya dan disalurkan kepada
surau-surau terpilih sebagai inisiatif menubuhkan sudut infaq. Sumbangan akan
disampaikan melalui majlis berasingan. Program ini selaras dengan hasrat Perbadanan
Putrajaya melalui Blueprint Masyarakat Sejahtera agar setiap surau sekitar
Putrajaya mempunyai sudut infaq bagi menyantuni golongan kurang
berkemampuan/miskin bandar (B40) dalam kawasan setempat serta memupuk rasa
kesejahteraan masyarakat.
Penganjuran
Minggu Infaq Putrajaya tempoh hari dilihat mampu menyuburkan amalan berinfaq di
kalangan komuniti dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Dengan ini, PPj
berhasrat untuk meneruskan Minggu Infaq Putrajaya di masa hadapan.
400 Komuniti Putrajaya jayakan Program Bubur Lambuk Putrajaya 2019
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 25 Mei 2019
- Perbadanan
Putrajaya (PPj) menganjurkan Program Bubur Lambuk Perbadanan Putrajaya (PPj)
bersama komuniti Putrajaya bertempat di Kompleks PPj, seawal jam 7.30
pagi.
Program ini telah dimeriahkan dengan
kehadiran Presiden PPj, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim di samping komuniti
Putrajaya yang terdiri daripada wakil Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah
Persekutuan Putrajaya (MPPWP), Masjid Tuanku Mizan, Krisputra, Ahli Puspanita
dan warga PPj sendiri yang berganding bahu menyediakan bubur tersebut.
Merupakan acara tahunan PPj setiap kali
bulan Ramadan, program ini diadakan bertujuan memupuk semangat kerjasama di antara
warga PPj dan komuniti Putrajaya dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga
PPj serta komuniti Putrajaya.
Sebanyak 19 periuk bubur lambuk berjaya
dimasak secara gotong-royong, diketuai oleh Chef Noraini Binti Salleh dengan
tema Bubur Lambuk DiRaja dengan menggunakan resepi tersendiri.
Bubur ini akan diagihkan kepada komuniti
setempat, surau-surau di Putrajaya serta para pengunjung yang hadir di Festival
Ramadan Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya Luar Biasa
Perbadanan Putrajaya Luar Biasa
Anugerah Gerai Wow Bazar Ramadan Putrajaya 2019
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 30 Mei 2019 - Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Gerai WOW Bazar Ramadan Putrajaya 2019 di Bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3.
Pertandingan telah bermula pada 6 Mei hingga 4 Jun 2019 bertujuan untuk mendorong serta memupuk semangat daya saing secara sihat dikalangan peniaga dalam memastikan jaminan kualiti jualan makanan dan minuman masing-masing adalah yang terbaik untuk pelanggan.
Sebanyak tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori makanan, kategori minuman dan kategori kuih/lain-lain. Kaedah penilaian mencakupi aspek kebersihan bermula dari tapak jualan sehingga ke penyediaan makanan, aspek pematuhan peraturan dan syarat lesen perniagaan serta aspek keceriaan gerai dalam menarik pengunjung ke gerai mereka.
Bakal pemenang Anugerah Gerai WOW Bazar Ramadan Putrajaya 2019 akan menerima hadiah berupa Wang Tunai RM250, hamper, Sijil Penghargaan dan pemenang akan diberi keutamaan dalam pemilihan Peniaga Bazar Ramadan Putrajaya pada tahun berikutnya tanpa perlu melalui proses undian lot.
TAHNIAH KEPADA PEMENANG!!!
Sumbangan RM86 Ribu Imrahkan Masjid dan Surau Putrajaya
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 15 Mei 2019 – Lebih 1,300 orang menghadiri
Majlis Ihya Ramadan YB Menteri Wilayah
Persekutuan Bersama Warga Perbadanan Putrajaya bertempat di Dewan Sri Siantan,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Majlis
disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan
Haji Khalid bin Abdul Samad. Turut hadir Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh, Presiden
Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Anggota PPj, Dato’
Dr. Samsu Adabi bin Mamat dan Naib Presiden Kanan PPj, Dato’ Omairi Bin Hashim.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan
silaturahim dan ukhuwah di bulan Ramadan disamping menyuburkan sifat mahmudah
iaitu bersedekah melalui penyaluran sumbangan dan bantuan kepada masjid dan
surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pada majlis ini, YB Menteri Wilayah
Persekutuan menyerahkan cek sumbangan bernilai RM86,000.00 kepada tiga Masjid, 14 surau
Jumaat dan 53 surau di Putrajaya. Sumbangan yang disalurkan oleh
Kementerian Wilayah Persekutuan diagihkan mengikut kategori iaitu RM3,000 bagi
kategori masjid, RM2,000 untuk kategori surau Jumaat dan RM1,000 bagi kategori
surau.
Dalam majlis yang sama, YB
Menteri turut mengedarkan sebanyak 3,600 kotak kurma ke masjid-masjid dan
surau-surau di Putrajaya.
Festival Ramadan Putrajaya 2019 Buka Tirai
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 4 MEI 2019: YB Tuan Haji
Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan menyempurnakan penganjuran
Festival Ramadan Putrajaya 2019 (FRP2019) di Majlis Persamian Festival Ramadan
Putrajaya 2019 bertempat di tapak Festival Ramadan Putrajaya, Presint 3 hari
ini.
Turut hadir, YBhg
Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Dato’
Omairi Bin Hashim, Naib Presiden Kanan PPj, YBhg. Datuk Azizi Bin Hj Ahmad
Termizi, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar PPj, Ustaz Ahmad Hasyimi Che Pa
Al-Hafiz, Pengarah Urusan Yayasan Damai dan En. Abdul Ajib Bin Mohd Zin, Pengarah
Urusan TGE Resources Sdn. Bhd..
Festival yang
telah memasuki edisi yang ke-7 bertujuan untuk memeriahkan bulan Ramadan dengan
pelbagai pengisian berbentuk kerohanian di samping menyediakan alternatif kepada
masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan bagi persiapan menyambut Hari
Raya Aidilfitri.
Bagi memenuhi
objektifnya, FRP2019 telah merancang pelbagai pengisian berbentuk kerohanian
dan kemasyarakatan seperti sesi tazkirah, ceramah, tadarus Al-Quran, riadah dan
sukan sunnah serta program-program lain.
Pada tahun ini, FRP2019
telah bermula 5 hari lebih awal dari tarikh 1 Ramadan iaitu dari 1 Mei sehingga
4 Jun 2019. Beroperasi dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam,
FRP2019 akan berlangsung di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks
Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). FRP2019
dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Bazar Ramadan, Anjung Syawal dan Laman Iftar.
Bagi komponen
Bazar Ramadan terdapat 300 gerai yang bakal menjual pelbagai juadah berbuka
puasa bertempat di lot berhampiran MTMZA. Pengunjung turut mempunyai pilihan
untuk mendapatkan juadah berbuka di Laman Iftar terletak di antara perkarangan
Kompleks Perbadanan Putrajaya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang berbuka
puasa berkonsepkan berkelah di kawasan padang berhadapan Kompleks PPj.
Bagi komponen
Anjung Syawal pula, dianggarkan lebih 300
penggerai akan turut serta termasuk 20 selebriti tempatan yang menjual
barangan persiapan raya. Di samping jualan barangan turut diadakan pameran,
persembahan dan hadiah cabutan bertuah lumayan untuk para pengunjung.
PPj turut
mengambil inisiatif melalui penganjuran FRP2019 memperkenalkan Kempen
pembayaran tanpa tunai (Cashless
Initiative) bagi menyokong inisiatif Putrajaya sebagai ”Smart City”. Selain itu, kempen-kempen
yang memberi impak yang positif kepada kebajikan rakyat dan pemuliharan alam sekitar
juga diteruskan antaranya Kempen
Menggunakan produk Bio-degradasi, Kempen Elakkan Pembaziran Makanan (Beli Apa
Yang Perlu sahaja), Kempen Pengurangan Sisa Organik Melalui Pengkomposan di
Festival Ramadan Putrajaya dan Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai
daripada Bazar Ramadan Putrajaya.
Festival ramadan
mengetengahkan tema #imarahFRP2019 bagi menyeru seluruh masyarakat untuk
mengimarahkan, memeriahkan, menceriakan, menyokong dan menghidupkan Festival
Ramadan Putrajaya 2019.
![]() |
| Dirasmikan oleh YB Tuan Haji Khalid Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan |
![]() |
| Bazar Ramadan |
| Laman Iftar |
Warga Perbadanan Putrajaya Sihat
FairusPadzil
Aktiviti riadah waktu petang Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim dengna warga Perbadanan Putrajaya setiap Hari Khamis bermula pada jam 5.00 petang.
Program ini diharapkan akan menjadi satu amalan / rutin aktiviti riadah dan sekaligus dapat mewujudkan warja kerja yang sihat, terhindar dari tekanan / stress, riang dan ceria sekaligus mengeratkan hubungan siraturrahim.
9:08 PTG
Aktiviti
Langgan:
Catatan
(
Atom
)








































