Memaparkan catatan dengan label Sumbangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sumbangan. Papar semua catatan
15 Keluarga Terima Sumbangan Bantuan Sudut Infaq Sempena Persiapan Hari Raya Aidilfitri
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 30 Mei 2019 - Perbadanan Putrajaya (PPj) serah sumbangan sudut infaq kepada keluarga kurang berkemampuan di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Minggu Infaq Putrajaya bertempat di Bilik Kesidang, Kompleks Perbadanan Putrajaya.
Majlis sumbangan ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Majlis ini bertujuan menyampaikan sumbangan yang diperolehi melalui penganjuran Minggu Infaq Putrajaya yang telah berlangsung pada 15 sehingga 26 Mei yang lalu bertempat di Kompleks Perbadanan Putrajaya bersempena Festival Ramadan Putrajaya 2019.
Melalui program tersebut, pihak PPj telah berjaya mengumpulkan sumbangan lebih kurang RM 13,449.00 hasil daripada sumbangan orang ramai, syarikat swasta dan badan korporat. Antara penyumbang utama adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Putrajaya Holdings, KK Mart, Orangebeam dan Pulse Group.
Pada majlis ini, seramai lima belas (15) penerima akan diraikan. Mereka adalah terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan (B40) di Putrajaya yang berdaftar dalam sistem eKasih. Setiap penerima akan menerima wang tunai sebanyak RM 150.00 dan sedikit barangan keperluan harian bagi menampung kos keperluan harian terutamanya dalam persiapan menjelang syawal ini.
Untuk
makluman, sumbangan diterima melalui Minggu Infaq juga akan disalurkan ke sudut
infaq surau-surau sedia ada di sekitar Putrajaya dan disalurkan kepada
surau-surau terpilih sebagai inisiatif menubuhkan sudut infaq. Sumbangan akan
disampaikan melalui majlis berasingan. Program ini selaras dengan hasrat Perbadanan
Putrajaya melalui Blueprint Masyarakat Sejahtera agar setiap surau sekitar
Putrajaya mempunyai sudut infaq bagi menyantuni golongan kurang
berkemampuan/miskin bandar (B40) dalam kawasan setempat serta memupuk rasa
kesejahteraan masyarakat.
Penganjuran
Minggu Infaq Putrajaya tempoh hari dilihat mampu menyuburkan amalan berinfaq di
kalangan komuniti dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Dengan ini, PPj
berhasrat untuk meneruskan Minggu Infaq Putrajaya di masa hadapan.
Sumbangan RM86 Ribu Imrahkan Masjid dan Surau Putrajaya
FairusPadzil
PUTRAJAYA, 15 Mei 2019 – Lebih 1,300 orang menghadiri
Majlis Ihya Ramadan YB Menteri Wilayah
Persekutuan Bersama Warga Perbadanan Putrajaya bertempat di Dewan Sri Siantan,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Majlis
disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan
Haji Khalid bin Abdul Samad. Turut hadir Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh, Presiden
Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Anggota PPj, Dato’
Dr. Samsu Adabi bin Mamat dan Naib Presiden Kanan PPj, Dato’ Omairi Bin Hashim.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan
silaturahim dan ukhuwah di bulan Ramadan disamping menyuburkan sifat mahmudah
iaitu bersedekah melalui penyaluran sumbangan dan bantuan kepada masjid dan
surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pada majlis ini, YB Menteri Wilayah
Persekutuan menyerahkan cek sumbangan bernilai RM86,000.00 kepada tiga Masjid, 14 surau
Jumaat dan 53 surau di Putrajaya. Sumbangan yang disalurkan oleh
Kementerian Wilayah Persekutuan diagihkan mengikut kategori iaitu RM3,000 bagi
kategori masjid, RM2,000 untuk kategori surau Jumaat dan RM1,000 bagi kategori
surau.
Dalam majlis yang sama, YB
Menteri turut mengedarkan sebanyak 3,600 kotak kurma ke masjid-masjid dan
surau-surau di Putrajaya.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)