Sumbangan RM86 Ribu Imrahkan Masjid dan Surau Putrajaya
PUTRAJAYA, 15 Mei 2019 – Lebih 1,300 orang menghadiri
Majlis Ihya Ramadan YB Menteri Wilayah
Persekutuan Bersama Warga Perbadanan Putrajaya bertempat di Dewan Sri Siantan,
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Majlis
disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan
Haji Khalid bin Abdul Samad. Turut hadir Timbalan
Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh, Presiden
Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin bin Hassim, Anggota PPj, Dato’
Dr. Samsu Adabi bin Mamat dan Naib Presiden Kanan PPj, Dato’ Omairi Bin Hashim.
Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan
silaturahim dan ukhuwah di bulan Ramadan disamping menyuburkan sifat mahmudah
iaitu bersedekah melalui penyaluran sumbangan dan bantuan kepada masjid dan
surau-surau di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Pada majlis ini, YB Menteri Wilayah
Persekutuan menyerahkan cek sumbangan bernilai RM86,000.00 kepada tiga Masjid, 14 surau
Jumaat dan 53 surau di Putrajaya. Sumbangan yang disalurkan oleh
Kementerian Wilayah Persekutuan diagihkan mengikut kategori iaitu RM3,000 bagi
kategori masjid, RM2,000 untuk kategori surau Jumaat dan RM1,000 bagi kategori
surau.
Dalam majlis yang sama, YB
Menteri turut mengedarkan sebanyak 3,600 kotak kurma ke masjid-masjid dan
surau-surau di Putrajaya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan