Perbadanan Putrajaya

Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Warga Perbadanan Putrajaya Sihat

Aktiviti riadah waktu petang Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim dengna warga Perbadanan Putrajaya setiap Hari Khamis bermula pada jam 5.00 petang. 

Program ini diharapkan akan menjadi satu amalan / rutin aktiviti riadah dan sekaligus dapat mewujudkan warja kerja yang sihat, terhindar dari tekanan / stress, riang dan ceria sekaligus mengeratkan hubungan siraturrahim.







Perbadanan Putrajaya Sasar 100 PeratusTandas Awam Putrajaya Bertaraf 3 hingga 5 Bintang



Perbadanan Putrajaya (PPj) lancar stiker penarafan untuk semua tandas awam di Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr Aminuddin Bin Hassim, Presiden PPj di Majlis Pelancaran Stiker Penarafan Untuk Tandas Awam pada 30 April 2019 bertempat di Taman Putra Perdana Putrajaya, Presint 1.

Turut hadir YBhg. Datuk Azizi Haji Ahmad Tarmizi, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar, En. Rajendran A/L Kobalu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan En. Hasan bin Hj. Hamzah Pengerusi Kebangsaan Quality Restroom Association Malaysia (QRAM).

Penarafan tandas awam ini bertujuan untuk memastikan tandas awam yang disediakan di Putrajaya adalah bersih serta selamat sekali gus memberikan galakan dan pengiktirafan kepada pemilik tandas awam untuk menjaga kebersihan tandas mereka.

PPj telah memulakan langkah awal dengan melaksanakan penggredan sejak tahun 2017 dan mensasarkan 95% tandas awam di Putrajaya mendapat penafaran 3 hingga 5 bintang sebagai salah satu komitmen bagi memastikan kesemua tandas awam di Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan berkualiti.

Berdasarkan hasil penggredan tandas awam untuk pelbagai kategori yang telah dilaksanakan pada bulan Mac yang lalu, sebanyak 285 tandas daripada 298 tandas di Putrajaya yang mendapat penarafan 3 hingga 5 bintang iaitu mencapai sasaran lebih 95%.

Pada tahun hadapan bersempena dengan Visit Malaysia Year 2020, PPj mensasarkan 100% tandas awam di Putrajaya mendapat penarafan 3 hingga 5 bintang. Sehubungan dengan itu, PPj telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya anjuran seminar pengurusan tandas dengan kerjasama QRAM, pemantauan sebanyak 2 kali seminggu serta penyertaan di dalam pertandingan tandas awam bersih peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.






Festival Ramadan Putrajaya 2019


Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim mengumumkan penganjuran kali ke-tujuh Festival Ramadan Putrajaya di Lobi Auditorium Cempaka Sari, Kompleks PPj, Presint 3 hari ini.

Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, YBhg. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Naib Presiden Kanan PPj, YBhg. Dato’ Omairi Bin Hashim, Naib Presiden Perkhidmatan Bandar PPj, YBhg. Datuk Aizzi Bin Hj Ahmad Termizi dan Pengarah Urusan TGE Resources Sdn Bhd, En. Abdul Ajib Bin Mohd Zin.

Bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan dengan pengisian-pengisian kerohanian, Festival Ramadan Putrajaya 2019 (FRP2019) turut menjadi alternatif bagi warga Putrajaya dan kawasan sekitarnya mendapatkan barangan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagi memenuhi objektifnya, FRP2019 telah merancang pelbagai pengisian berbentuk kerohanian dan kemasyarakatan seperti sesi tazkirah, ceramah, tadarus Al-Quran, riadah dan sukan sunnah serta program-program lain.

Pada tahun ini, FRP2019 akan dimulakan 5 hari lebih awal dari tarikh 1 Ramadan iaitu dari 1 Mei sehingga 4 Jun 2019. Beroperasi dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam, FRP2019 akan berlangsung di kawasan Persiaran Perdana Presint 3, Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). FRP2019 dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Bazar Ramadan,  Anjung Syawal dan Laman Iftar dengan sasaran pengunjung seramai 1.5 juta.

Bagi komponen Bazar Ramadan terdapat 300 gerai yang bakal menjual pelbagai juadah berbuka puasa bertempat di lot berhampiran MTMZA. Pengunjung turut mempunyai pilihan untuk mendapatkan juadah berbuka di Laman Iftar terletak di antara ruang antara Blok AB dan Blok CD, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Selain itu, pengunjung juga berpeluang berbuka puasa berkonsepkan berkelah di kawasan padang berhadapan Kompleks PPj.

Bagi komponen Anjung Syawal pula, dianggarkan lebih 300 penggerai akan turut serta termasuk 20 selebriti tempatan yang menjual barangan persiapan raya. Di samping jualan barangan turut diadakan pameran, persembahan dan hadiah cabutan bertuah lumayan untuk para pengunjung. Permohonan untuk lot perniagaan di Anjung Syawal masih dibuka sehingga 4 Mei 2019.

Festival ramadan mengetengahkan tema #imarahFRP2019 bagi menyeru seluruh masyarakat untuk mengimarahkan, memeriahkan, menceriakan, menyokong dan menghidupkan Festival Ramadan Putrajaya 2019.








Keindahan Seni Muzik dan Vokal Dunia Islam Tema Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antrabangsa Putrajaya 2019



Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan penganjuran Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) 2019 di Majlis Pra-Pelancaran PIIACUF bertempat di Lobi Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Majlis Pra-Pelancaran PIIACUF 2019 disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim, Presiden PPj. Turut hadir YBhg. Dato’ Omairi Bin Hashim, Naib Presiden Kanan PPj serta dif-dif kehormat yang terdiri daripada wakil-wakil dari kedutaan dan negara-negara Islam. 

PIIACUF yang sudah memasuki edisi ke-5 penganjurannya akan diadakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya dari 25 hingga 28 Julai 2019 dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Bertemakan “Keindahan Seni Muzik dan Vokal Dunia Islam”, festival pada tahun ini akan memfokuskan terhadap kepelbagaian muzik dan vokal dunia Islam sebagai medium bagi menghubungkan manusia sejagat.

Bertepatan dengan tema yang diketengahkan, PIIACUF 2019 bakal menampilkan pengisian melibatkan elemen seni muzik dan vokal termasuk penganjuran konsert berunsurkan Islamik yang menampilkan artis-artis terkenal tanah air seperti Ramli Sarip dan ramai lagi. Selain konsert, turut diadakan pertandingan dan laungan azan, persembahan serta anugerah nasyid, dikir barat, nazam, dondang sayang serta lain-lain. 

Menyedari kepentingan dan potensi aplikasi teknologi terkini dalam kehidupan manusia, PIIACUF 2019 bakal mencipta kelainan dengan penggunaan aplikasi augmented reality (AR), virtual reality (VR) dan hologram menerusi segmen pameran outdoor.

PIIACUF dijadikan platform bagi penampilan khas menu dan masakan kegemaran Raja-Raja Melayu. Bagi menggalakkan perkongsian dan asimilasi budaya, PIIACUF 2019 akan melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara seperti pavilion-pavilion antarabangsa dan persembahan kesenian serta kebudayaan. Festival ini terus memainkan peranan sebagai platform bagi perkongsian ilmu melalui penganjuran storytelling, forum, ceramah, bengkel muzik, demonstrasi kraf serta kaligrafi, aktiviti permainan tradisional dan sebagainya. 

Majlis turut memperkenalkan rakan strategik yang menyokong penganjuran PIIACUF 2019.







Singgah Seni Putrajaya


Ratusan pengunjung mengambil peluang bersama-sama bersantai di aktiviti Singgah Seni Putrajaya yang diadakan di Dataran Putrajaya Presint 3.

Pada minggu ni, Singgah Seni menampilkan persembahan tarian kebudayaan  istimewa dari Institut Seni Indonesia, Padang Panjang Sumatera Barat. Tarian yang dipersembahkan antaranya Tarian Bagarau, Tarian Piring, Tari Rantak, Tari Indang malah turut diadakan persembahan lagu Inang dan peragaan  atau pertunjukan busana dari Minangkabau. Selain itu, acara busking jualan foodtruck turut diadakan di sekitar program Singgah Seni.

Acara singgah seni merupakan acara mingguan anjuran Perbadanan Putrajaya diadakan di Dataran Putrajaya Presint 3 bermula dari jam 6 petang hingga 11 malam. Program yang diberi nafas baru dengan persembahan kesenian dan kebudayaan yang lebih santai dan sesuai untuk seisi keluarga dalam usaha menggalakkan program-program berbentuk kesenian di Putrajaya.


fariz

Fariz

Fariz











Masjid Putra Putrajaya Diilhamkan dari Seni Bina Islam Parsi zaman Safavid



Masjid Putra memukau mata yang memandang. Ia berdiri megah di bandar raya Putajaya dengan dua cirinya yang tersendiri: iaitu warna dan lokasinya. Masjid berwarna merah jambu suram ini bergermelapan apabila dipancar sinaran matahari, dengan cahaya dipantulkan dari susunan ubin pada kubah utamanya. Tiga suku daripada tapaknya terletak di atas air, yang mewujudkan permandangan yang mengagumkan, seakan terapung di atas tasik Putrajaya. 

Masjid Putarjaya mencerminkan evolusi reka bentuk masjid-masjid di Malaysia dengan seni binanya yang berciri Islam mengambil kira unsur-unsur reka bentuk dan seni kraf traditional, bahan-bahan tempatan dan keadaan cuaca tropika Malaysia. Diilhamkan oleh seni bina Islam Parsi zaman Safavid, ia menerapkan beberapa unsur daripada pelbagai budaya Islam yang lain. 

Pintu masuk utamanya menyerupai gaya pintu besar bangunan-bangunan awam di negara Parsi. Sebahagian besar bangunannya dibina daripada granit bertinta merah jambu, yang diimbangi oleh hiasan kayu cengal untuk menyerlahkan ciri-ciri hiasan kayu cengal untuk menyerlahkan ciri-ciri hiasan pada pintu, tingkap dan panel. Manakala kubah utamanya, yang menguasai kaki langit Putrajaya, merupai kubah masjid-masjid di Iran. Ia diperbuat daripada kaca gentian bertetulang dan dihiasi ubi mozek kaca merah jambu dan kuning air yang disusun dalam corak geometri untuk menghasilkan kubah menarik yang bolej dilihat dari jauh. 

Masjid Putra merangkumi tiga ruang utama:
  • Dewan Sembahyang
  • Sahn atau halaman, dengan menara azan
  • Kemudahan belajar dan bilik-bilik majlis
Dewan sembahyang terletak di atas Tasik Putrajaya, yang sedalam kira-kira antara tiga hingga enam meter di kawasan ini. Ia merangkumi tiga bentuk berbilang peringkat: 
  • Daratan luar, yang menempatkan empat dinding masjid
  • Oktagon, di sujud dataran. Terdapat lapan oktagon yang membentuk tapak lapan kubah kecil mengelilingi kubah utama. 
  • Bulatan terkedalam yang menandakan garis lilit kubah utama. 
Di dalamnya terbentuk ruang yang sederhana, anggun dan lapang, tanpa dinding dalaman. Sebaliknya, 12 tiang menjulang setinggi bangunan 10 tingkat untuk menyokong kubah utama yang mempunyai garis pusat 36 meter. Dewan yang luas tersergam ini tidak dipasang kipas atau pendingin hawa, namun udara di dalamnya dialirkan oleh hembusan bayu dari laman dan tasik yang membawa udara nyaman melalui penyalur udara pada tiang-tiang dan ruang terbuka di atas tingkap kaca hiasan berwarna merentasi serambi, masyrabiyah atau kekisi menegak. Ciri-ciri ini bergabung untuk mewujudkan ruang sembahyang yang cukup selesa dan dingin. Manakala ‘tudung’ yang mengelilingi kubah dan serambi tertutup mengurangkan silau dan menepis hujan yang kerap turun di bumi tropika Malaysia. 

Titik tumpuan dalam dewan sembahyang ialan mimbar dan mihrab, yang menandakan arah kiblat di Mekah. Kedua-duanya dihiasi ukiran seni Khat. 

Dewan ini boleh memuatkan 8,000 jemaah lelaki di aras bawah dan 2,000 jemaah wanita di galeri tingkat satu, yang terlindung di sebalik tabir ukiran kayu halus. Lif dari lobi mengangkut jemaah wanita ke galeri yang menghadap dewan sembahyang utama. 

Sahn atau laman berturap yang terletak di depan dewan sembahyang boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Laman terbuka ini dilandskap indah dengan beberapa hiasan air. Bahagian tepinya yang lain dipagari jajaran tiang dengan bumbung berbentuk payung seperti yang terdapat di Masjid Negara. 

Struktur tertinggi di laman ini ialah menara azan 116 meter, yang diilhamkan dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Ia mempunyai lima aras yang melambangkan lima Rukun Islam dan lima sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Keratan rentas menara berasaskan bintang berciri Islam yang terbentuk dengan memutar bentuk empat segi. Corak bintang juga terdapat pada lantai sahn. 

Kemudahan belajar dan bilik-bilik majlis terletak di aras bawah tanah yang dibahagi kepada tiga sayap. Sayap Utara ialah pusat pembelajaran agama dengan bilik kuliah, bilik seminar, bilik manuskrip dan pejabat pentadbiran. Sayap selatan menempatkan kediaman pengawas masjid dan bilik urusan Jenazah. Sayap Timur pula memuatkan 420 auditorium yang boleh memuatkan 420 orang, dewan pameran dan sebuah dewan jamuan besar untuk 400 orang tetamu. Ia juga merangkumi tempat mengambil wuduk dan tandas yang terletak betul-betul di bawah sahn. 

Masjid Putra mempunyai kemasan yang indah. Lantai dewan sembahyang utama dilitupi permaidani keluaran tempatan, yang dibuat daripada 80 peratus benang bulu dan 20 peratus nilon dengan corak motif berciri Islam. Pintu-pintu utama dihiasi kekisi kayu cengal keras berukir setebal 75 milimeter. Tiang-tiangnya dikemaskan dengan kepingan granit berkilat meraj jambu. Selain tiang, kaca hiasan berwarna di masjid ini juga merupakan ciri tradisional hiasan berwarna di masjid ini juga merupakan ciri tradisional hiasan seni bina Islam. Kaca hiasan berwarna bermotif Islam ini diletakkan di antara kembar kaca jernih dan tebal, yang terpasang pada rangka aluminium. Dinding luarannya dibentuk kemasan lapisan semburan serpihan granit. 

Di bahagian luar, kubah-kubahnya terbentuk daripada gentian kaca yang diperkuatkan dan disempurnakan dengan kemasan ubin mozek. Kemasan siling di bawah kubah utama diperbuat daripada plaster gypsum setebal 12 milimeter dengan motif-motif hiasan Islam. Menara azan di hadapan Masjid pula dikemasi dengan kepingan granit merah jambu di bahagian bawah dan lapisan semburan serpihan granit di bahagian atas. 

Dinding panel kayu auditorium telah dipasang dengan bahan-bahan akustik bermutu tinggi manakala silingnya diperbuat daripada plaster gipsum. Lantai dewan pameran, kaki lima dewan jamuan dan dewan masuk diperbuat daripada granit bergilap manakala dindingnya dikemasi dengan lepa simen dan cat. Kepingan gipsum yang dipasang pada rangka-T aluminium membentuk siling ketiga-tiga ruang tersebut. Dewan-dewan kuliah, Perpustakaan Al-Quran dan pejabat-pejabat menggunakan bahan-bahan yang serupa untuk kemasan. 


MENERUSKAN TRADISI HIASAN 

Pakar-pakar kraf dari Magribi bertanggungjawab mengukir hiasan dan ayat-ayat Al-Quran daripada gypsum manakala pakar-pakar pertukangan kayu bertanggunjawab membuat panel hiasan kayu cengal. 



RUMUSAN 

Masjid putra yang terletak berdekatan dengan Perdana Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid Putra merupakan salah satu mercu tanda dan kebangaan yang terdapat di Putrajaya. Oleh kerana sebahagian besar masjid dikelilingi oleh Tasik Putrajaya, Masjid Putra akan kelihatan seperti terapung di atas air. 

Uniknya masjid ini kerana warnanya yang berwarna merah jambu apabila terkena sinaran matahari iannya akan bergemerlapan. Masjid ini juga telah diilhamkan daripada seni bina parsi pada zaman Safavid. Penggunaan kayu cengal menjadi pilihan dan digunakan untuk pintu, jerejak dan pemindang masjid bagi menghidupkan seni ukir menarik yang mengetengahkan seni ukir tradisional Melayu. Secara keseluruhan ketinggian masjid ini bersamaan dengan bangunan 21 tingkat dan mempunyai empat aras yang terdiri dengan fungsinya tersendiri. 

Masjid Putra mampu menampung 8,000 jemaah lelaki di dewan utama (aras bawah), 2,000 jemaah wanita di dewan utama (aras atas), 5,000 jemaah di laman, manakala di auditorium pula seramai 420 orang jemaah dan seramai 400 tempat di dewan bankuet. 

Para pelancong yang ingin memasuki Masjid Putra perlu menggunakan jubah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sebelum memasuki dewan sembahyang. 

Secara keseluruhannya pembinaan Masjid Putra ini yang masih mengekalkan indentiti masyarakat Melayu dengan ukiran-ukiran yang diabadikan dalam rekaan Masjid Putra adalah sesuatu yang perlu dikagumi kerana ianya mewakili keunikan Malaysia itu sendiri.

Sumber: Buku Perspektif Pemaju Putrajaya 

Kalender Acara Putrajaya 2019