Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Perbadanan Putrajaya Sasar 100 PeratusTandas Awam Putrajaya Bertaraf 3 hingga 5 Bintang

Tiada ulasan


Perbadanan Putrajaya (PPj) lancar stiker penarafan untuk semua tandas awam di Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr Aminuddin Bin Hassim, Presiden PPj di Majlis Pelancaran Stiker Penarafan Untuk Tandas Awam pada 30 April 2019 bertempat di Taman Putra Perdana Putrajaya, Presint 1.

Turut hadir YBhg. Datuk Azizi Haji Ahmad Tarmizi, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar, En. Rajendran A/L Kobalu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan En. Hasan bin Hj. Hamzah Pengerusi Kebangsaan Quality Restroom Association Malaysia (QRAM).

Penarafan tandas awam ini bertujuan untuk memastikan tandas awam yang disediakan di Putrajaya adalah bersih serta selamat sekali gus memberikan galakan dan pengiktirafan kepada pemilik tandas awam untuk menjaga kebersihan tandas mereka.

PPj telah memulakan langkah awal dengan melaksanakan penggredan sejak tahun 2017 dan mensasarkan 95% tandas awam di Putrajaya mendapat penafaran 3 hingga 5 bintang sebagai salah satu komitmen bagi memastikan kesemua tandas awam di Putrajaya sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan berkualiti.

Berdasarkan hasil penggredan tandas awam untuk pelbagai kategori yang telah dilaksanakan pada bulan Mac yang lalu, sebanyak 285 tandas daripada 298 tandas di Putrajaya yang mendapat penarafan 3 hingga 5 bintang iaitu mencapai sasaran lebih 95%.

Pada tahun hadapan bersempena dengan Visit Malaysia Year 2020, PPj mensasarkan 100% tandas awam di Putrajaya mendapat penarafan 3 hingga 5 bintang. Sehubungan dengan itu, PPj telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya anjuran seminar pengurusan tandas dengan kerjasama QRAM, pemantauan sebanyak 2 kali seminggu serta penyertaan di dalam pertandingan tandas awam bersih peringkat Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.






Tiada ulasan :

Catat Ulasan