China-Malaysia Friendship Garden @ Anjung Floria, Precinct 4 Putrajaya
Presiden Perbadanan Putrajaya: Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat
Apabila disebut nama Tan Sri Aseh, orang ramai pasti akan teringatkan mengenai Jabatan Imigresen Malaysia. Begitu juga apabila diperkatakan mengenai Jabatan Imigresen, tidak dapat tidak Tan Sri Aseh akan turut diingati. Begitulah kesan yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ini terhadap Jabatan Imigresen. Dalam tempoh hanya tiga tahun memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Tan Sri telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam seperti pasport chip, pelaksanaan pensijilan ISO di kaunter-kaunter Imigresen dan pengurangan tempoh pengeluaran pasport kepada sehari telah menaikkan imej perkhidmatan awam amnya dan Jabatan Imigresen khususnya. Beliau telah berjaya menerapkan idea inovasi di jabatan yang diketuainya bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Barangkali itulah yang difikirkan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib semasa melantik Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh bin Haji Che Mat sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang ketiga berkuatkuasa 1 Ogos 2012. Y.A.B Perdana Menteri berhasrat untuk melihat Putrajaya sentiasa hidup, meriah dan ceria dan Tan Sri Aseh dilihat sebagai orang yang sesuai untuk merealisasikannya.
Tan Sri Aseh bukan sahaja perlu meneruskan agenda pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Presiden-Presiden Perbadanan Putrajaya yang terdahulu, akan tetapi beliau juga harus menghidupkan Putrajaya dengan pelbagai aktiviti dan acara di samping meningkatkan ekonomi Putrajaya dengan membuka premis-premis komersial bagi memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Ini juga selaras dengan hasrat 'arkitek' pembangunan Putrajaya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bukan sahaja ingin melihat Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, bahkan dihidupkan dengan pelbagai acara dan aktiviti komersial. Tun Dr. Mahathir berkata, "Kerajaan telah banyak memperuntukkan perbelanjaan untuk mengindahkan Putrajaya, namun ia bagaikan beautiful lady covers up her face apabila ia menjadi sunyi khususnya selepas waktu kerja". Pelantikan Tan Sri Aseh sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya turut mendapat reaksi positif dari Tun Mahathir. "Aseh adalah seorang yang penuh dengan idea bernas, saya yakin beliau dapat melakukan pembaharuan di Putrajaya, dengan idea yang ada saya yakin Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini akan terus mendapat tarikan pelancong", katanya lagi.
Semasa di Imigresen Malaysia, beliau banyak melakukan inovasi terhadap sistem imigresen. Antaranya ialah pengenalan pasport chip dan sistem autogate di pintu-pintu masuk negara. Inovasi-inovasi yang dilakukan berjaya mengharumkan nama Jabatan Imigresen Malaysia. Bukan itu sahaja, di bawah kepimpinan beliau, Jabatan Imigresen berjaya meraih pendapatan hampir RM 2 billion berbanding sekitar RM 330 juta sebelum itu. Isu-isu Imigresen turut berjaya ditanggani oleh Tan Sri Aseh berikutan pengenalan pasport pintar, piagam pelanggan dan persijilan ISO. Pada ketika inilah juga pengeluaran pasport dipercepatkan dari sebulan kepada sehari. Akhirnya pada 1 Februari 2001, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan kekal di sana sehingga beliau bersara dari perkhidmatan awam pada 22 Oktober 2007. Pada tahun yang sama, beliau juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Lim Kok Wing. Kecemerlangan beliau di dalam perkhidmatan awam terbukti apabila di Kementerian Dalam Negeri sahaja, beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak enam kali termasuk lima kali berturut-turut menerima Anugerah tersebut dari tahun 1992 hingga 1996.
Dianggarkan sehingga 75,000 kenderaan memasuki Putrajaya setiap hari. Ini menyumbang kepada kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak. Bagi mengatasi masalah ini, Tan Sri Aseh telah mengambil beberapa tindakan. Di antaranya ialah mengenal pasti kawasan-kawasan yang kerap mengalami kesesakan lalu lintas, menaik taraf Sistem Kawalan Trafik Berkomputer, menjenamakan semula perkhidmatan bas Nadi Putra agar lebih efisyen dan efektif serta penggunaan CCTV secara intensif bagi memantau lokasi-lokasi di sekitar Putrajaya.
Bagi menghidupkan Putrajaya pada setiap masa, pelbagai acara dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan pihak-pihak ketiga. Ada di antara acara-acara tersebut diadakan setiap minggu seperti Santai di Dataran Gemilang Presint 4 yang membolehkan pengunjung dan keluarga bersantai bersama-sama. Ada acara yang dirancang setiap bulan seperti program Langkah Ceria yang mana orang ramai berpeluang berjalan kaki di Putrajaya dan program Kayuhan Ceria, satu program riadah berbasikal dalam usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi sukan dan rekreasi di samping mengukuhkan silaturrahim di kalangan warga Putrajaya. Acara-acara yang telah dikenali ramai dikekalkan dengan diberi nafas baru. Antaranya Putrajaya International Hot Air Ballon, Putrajaya Flower and Garden Festival (FLORIA) dan Sirkit Pancing Putrajaya. FLORIA telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Festival Floria Diraja Putrajaya susulan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk pemberian status ‘Diraja’ kepada Festival berkenaan. Dengan pemberian status ini, ia kini setanding dengan sesetengah festival floria antarabangsa seperti Royal Chelsea Flower Show, dan dengan status ini juga bermakna Yang di-Pertuan Agong akan berkenan merasmikannya setiap tahun. Sirkit Pancing Putrajaya turut ditambah baik dengan penurunan yuran penyertaan bagi menarik penyertaan lebih ramai dan pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan. Acara-acara baru turut diadakan bagi mengisi kalendar acara Putrajaya. Acara-acara tersebut adalah seperti Karnival Kucing Putrajaya, Putrajaya Remote Control Event dan Festival Ramadhan Putrajaya. Tidak ketinggalan, acara-acara berskala antarabangsa turut dianjurkan di Putrajaya seperti 2014 Ironman Putrajaya, Red Bull International Air Race World Championship Putrajaya, Putrajaya International Dragon Boat Festival, Putrajaya International Islamic Art & Culture Festival (PIIACuF) dan FIA Formula E Putrajaya ePrix.Yang terbaru, Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) telah diadakan di sekitar Presint 2 dan 3 yang memperlihatkan pencahayaan dan pergerakan berkaitan cahaya. Dipercayai ini adalah kali pertama ia diadakan di Malaysia secara besar-besaran yang melibatkan berjenis-jenis cahaya - dari cahaya Wayang Pacak, Wayang Kulit hinggalah pencahayaan berteknologi tinggi pada bangunan-bangunan terpilih yang dinamakan ‘Projection Mapping'. Selain di Putrajaya, festival-festival sebegini turut juga diadakan di Lyon, Perancis, Geneva (Switzerland), Amsterdam (Belanda), Bath (England), Liége (Belgium) dan beberapa bandar-bandar besar di serata dunia.
Tan Sri Aseh mahukan Putrajaya menjadi sebuah bandar untuk semua golongan. Oleh itu, beliau mencadangkan agar pemaju-pemaju perumahan membina rumah-rumah mampu milik di Putrajaya. Putrajaya tidak seharusnya dipenuhi oleh rumah-rumah berstatus mewah. Oleh kerana perumahan adalah isu kritikal di kalangan penjawat awam, Kerajaan turut sama mengambil inisiatif membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan juga berkualiti melalui program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). Hasil usaha Tan Sri Aseh, sebanyak 10,336 unit rumah telah dipersetujui untuk dibina pada fasa pertama bagi tujuan Program PPA1M di Putrajaya. Tan Sri Aseh percaya sekiranya dengan memiliki rumah sendiri, semangat sayangkan Putrajaya dalam kalangan penghuninya dapat ditingkatkan dan dapat membantu merancakkan aktiviti-aktiviti di bandar ini. Secara tidak langsung, ia juga dapat mewujudkan perasaan sense of ownership atau rasa tanggungjawab yang dimiliki oleh pegawai kerajaan berbanding jika mereka hanya menetap di kuarters kerajaan. Tanpa penglibatan daripada penduduk Putrajaya di dalam aktiviti-aktiviti dan acara-acara yang dianjurkan di Putrajaya, adalah sukar untuk melihat Putrajaya sentiasa hidup, meriah dan ceria.Penglibatan swasta di dalam aktiviti-aktiviti dan pembangunan komersial turut di alu-alukan. Dasar kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta yang telah disemai sekian lama adalah penting bagi meneruskan pembangunan Putrajaya. Walaupun Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan, aktiviti dan pembangunan komersial turut diperlukan. Satu contoh penglibatan pihak swasta adalah cadangan melaksanakan projek yang dikenali sebagai Shapadu Putrajaya Haven yang bernilai RM 700 juta. Projek ini akan dikendalikan oleh Shapadu Boulevard Sdn Bhd, anak syarikat hartanah Shapadu Group di atas tanah seluas 2.3 ekar. Walaupun pelaburan dari pihak swasta di alu-alukan, Tan Sri Aseh mahu hanya mereka yang benar-benar berkelayakan melabur dan memajukan projek di Putrajaya kerana Perbadanan Putrajaya sangat mengambil berat mengenai kualiti setiap projek.
Selamat maju jaya Tan Sri Aseh.
Presiden Perbadanan Putrajaya: Tan Sri Samsudin Osman
Kematian Tun Azizan pada 14 Julai 2004 mengejutkan banyak pihak. Di dalam kesedihan, masing-masing tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat Allahyarham sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya? Siapakah yang mempunyai kredibiliti dan keupayaan yang setanding atau lebih hebat dari Allahyarham dalam mengepalai Perbadanan Putrajaya? Ini kerana pada ketika itu pembangunan Putrajaya sedang rancak berjalan dan pengganti Allahyarham Azizan mestilah seorang pentadbir yang berkarisma, berpengalaman dan cekap bagi mengelakkan sebarang perancangan yang diatur, pembangunan yang berjalan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Putrajaya terjejas. Kesemua soalan terjawab apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik Tan Sri Samsudin Osman sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang kedua. Tentunya Tan Sri Samsudin mempunyai kelebihan tersendiri sehingga Perdana Menteri tetap melantik beliau meskipun pada ketika itu Tan Sri Samsudin adalah Ketua Setiausaha Negara, satu jawatan terpenting dalam perkhidmatan awam. Pastinya kita juga akan memahami keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu selepas kita lebih mengenali Tan Sri Samsudin dan mengetahui sumbangan-sumbangan beliau terhadap negara.
Dengan cemerlangannya beliau menjalankan apa jua tugas yang diamanahkan, maka tidak hairanlah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi melantik Tan Sri mengetuai Perbadanan Putrajaya. Pelantikan beliau dibuat pada 1 Ogos 2004, iaitu semasa beliau masih lagi menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Negara. Namun begitu, beliau berjaya meneruskan agenda memperkasakan sistem penyampaian Kerajaan dan pada masa yang sama dapat menguruskan pembangunan Putrajaya yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Azizan. Menurut rekod, tiada projek di bawah Perbadanan Putrajaya yang tertangguh sepanjang Rancangan Malaysia ke-8 dan Rancangan Malaysia ke-9.
Teams and Drivers for Formula E Putrajaya ePrix 2014
| Trulli Formula E Team Team Principal: Jarno Trulli CEO: Francesco Guarnieri Drivers: Jarno Trulli & Michela Cerruti | |
| China Racing Formula E Team CEO: Steven Lu Drivers: Nelson Piquet jr. & Ho-Pin Tung | |
| Andretti Formula E Team CEO: Michael Andretti Drivers: Franck Montagny & Charles Pic | |
| Dragon Racing Formula E Team CEO: Jay Penske Drivers: Oriol Servia & Jerome d'Ambrosio | |
| e.dams-Renault Co-founders: Jean-Paul Droid & Alain Prost Drivers: Nicolas Prost & Sébastien Buemi | |
| Amlin Aguri Formula E Team Executive Chairman: Aguri Suzuki Drivers: Katherine Legge & Antonio Felix da Costa | |
| Audi Sport ABT Formula E Team Team Principal: Hans-Jürgen Abt Drivers: Lucas di Grassi & Daniel Abt | |
| Mahindra Racing Formula E Team Team Principal: Dilbagh Gill Drivers: Karun Chandhok & Bruno Senna | |
| Virgin Racing Formula E Team Team Principal: Alex Tai Drivers: Jaime Alguersuari & Sam Bird | |
| Venturi Grand Prix Formula E Team Founders: L. DiCaprio, G.P. Pastor, B. Hedaya, F. Costa Drivers: Nick Heidfeld & Stéphane Sarrazin |
Presiden Perbadanan Putrajaya: Allahyarham Tun Azizan Zainul Abidin
Program Pertanian Bandar (Urban Farming)
Program Perintis Usahasama Pintar Inisiatif Pertanian Bandar (Urban Farming) diantara Perbadanan Putrajaya dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta penglibatan Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad dilaksanakan selaras dengan objektif Local Agenda 21 Putrajaya.
Bagi fasa pertama penanaman rock melon, selepas 39 hari ditanam sejak 16 September 2014 tanaman rock melon telah tumbuh dengan subur dan banyak mengeluarkan bunga betina dan bunga jantan. Pada fasa ini juga, peserta diajar menjalankan proses pendebungaan secara manual dengan memilih bunga jantan yang sihat dan didebungakan dengan bunga betina. Proses ini dijalankan dengan penuh berhati-hati agar hasil tuaian dapat menghasilkan buah rock melon yang berkualiti tinggi.
Sehingga ke hari ini lebih kurang dari 1300 pendebungaan telah dilakukan. Setiap 500 poly beg tersebut disyorkan mempunyai 3 putik bunga betina yang akan dipantau untuk menghasilkan buah yang berkualiti baik dan pada hari ke 50 hanya dua buah rock melon terbaik dari setiap pokok akan dipantau sehingga besar mencapai 1.5 kg - 2.3 kg setiap buah. Anggaran hasil tuaian pertama untuk rock melon ini adalah disasasarkan berjumlah 1000 biji. Sehingga kini, buah rock melon telah membesar pada purata 500 - 750 grams seperti gambar yang ditunjukan.
Bagi tanaman chili, selepas 14 hari pemindahan 300 nos ke dalam poly beg, pertumbuhannya semakin cepat dan telah mencapai pada purata ketinggian 800 mm. Pertumbuhan chili dijangka akan lebih memberangsangkan apabila pokok-pokok tersebut mula berbunga dan proses pendebungaan berlaku selepas mencapai usia 35 hari ditanam. Seramai 15 peserta Kebun Komuniti di persekitaran rumah Kuarters Fasa 4A Presint 8 bergilir-gilir menjalankan penjagaan rapi seperti penjagaan sistem pengairan, kawalan kesihatan pokok dari serangan serangga, 'leaf-mining Moth' dan sebagainya.
Sejumlah 50 orang peserta Kebun Komuniti telah turut serta bagi kelangsungan kerja pertanian bandar di kedua-dua Rumah Hijau ini.
Majlis Pelancaran Pertanian Bandar Putrajaya bagi projek tanaman cili dan rock melon secara fertigasi dalam Rumah Hijau lindungan hujan yang diusahakan oleh peserta Kebun Komuniti 1, Taman Rimba Desa Presint 9 dan Kebun Kominiti Kuarters Fasa 4A, Presint 8 ini dijangka akan di langsungkan pada 26 November 2014.








