Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering (PACG)

Tiada ulasan
Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering (PACG) merupakan salah satu inisiatif program yang telah diilhamkan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya (YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat). Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai Muda PPj

Objektif Utama Program ini adalah :
  • Sebagai platform mempromosikan Putrajaya sebagai satu tempat pelancongan yang menarik memperkembang serta mempopularkan lagi aktiviti permotoran khususnya autoshow dalam kalangan masyarakat; 
  • Membawa peminat-peminat kelab automotif untuk memeriahkan bagi memperkenal, mempromosi, mempamer serta berkongsi maklumat berkenaan industri automotif dengan berkonsepkan “konvoi & gathering”; 
  • Membina hubungan baik dengan kelab/persatuan auto sebagai salah satu komponen pihak yang berkepentingan kepada Perbadanan Putrajaya; 
  • Membantu dalam menyokong dan memeriahkan program/acara rasmi anjuran Perbadanan Putrajaya sepanjang tahun; 
  • Mewujudkan peluang ekonomi kepada masyarakat sekitar dan menjana pendapatan Negara; 
  • Menjadikan Putrajaya sebuah bandaraya yang “vibrant” sesuai dengan misi dan visi Putrajaya; 
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara Perbadanan Putrajaya dengan kelab/persatuan auto 
Sepanjang tahun 2013, sebanyak 3 program PACG telah diadakan dan berjaya mengumpulkan lebih daripada 2000 buah kenderaan dan 40 kelab dari pelbagai kelab permotoran di Malaysia.

Maklumat-maklumat lanjut berkaitan aktiviti program-program PACG boleh dirujuk di Facebook PPj ataupun PACG.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan