Santai di Dataran Gemilang
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di Putrajaya. Antara aktiviti disediakan di setiap hujung minggu adalah Program Santai di Dataran Gemilang pada setiap hari Ahad. Program ini bermula seawal jam 4:30 petang dan berakhir sekitar jam 7:00 petang.Pelbagai aktiviti disediakan di program ini seperti persembahan pentas oleh artis-artis terkenal tanah air, gerai jualan, aktiviti untuk kanak-kana seperti persembahan badut, silap mata, mewarna dan sebagainya. Selain itu kanak-kanak juga dapat mandi manda di kolam yang tersedia di Dataran Gemilang tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan