Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Perkongsian nota Ceramah "Al-Quran: Kepentingan Menguasainya" yang telah disampaikan oleh YBhg Maulana Abdul Hadi bin Yaakob pada 18 April 2016 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Tiada ulasan
 
 
1. Walaupun diberi nikmat oleh Allah S.W.T untuk beragama Islam, kita perlu juga berusaha supaya agama yg diberi oleh Allah ini dapat kita hayati dgn sebaik mungkin.
 
2. Apabila Nabi Adam A.S dihantar ke dunia, Allah S.W.T beritahu kepada Nabi Adam sendiri dan anak cucunya (kita). sekiranya datang daripada Aku (Allah) kepada kamu (manusia) kitab petunjuk yg diwahyukan, maka siapa yg bersedia mengikuti, maka syurgalah untuknya.
 
3. Kita tak kenal Allah sebab guna akal, sebaliknya melalui perantaraan Al-Quran, Allah memperkenalkan zat dan sifatNya. Dengan Al-Quran ini Nabi S.A.W, para sahabat Baginda dan seluruh manusia mengenal dan mentaati Allah.
 
4. Kitab Allah adalah supaya manusia mengenal dan mentaati Allah sebelum dpt berjumpa dengan Allah. Melalui Al-Quran, boleh nampak bagaimana agungnya Nabi Muhammad S.A.W
 
5. Oleh itu, pasang niat dan berazam sungguh2, sblm mati, belajar dari awal Al-Quran hingga ke akhirnya. Bertuah kita jika dpt peluang untuk mempelajari apa yg Allah kehendaki daripada kita sebelum kita mengadapNya. 
 
6. Menurut Hadis sohih, di dalam kubur terdapat 3 soalan; siapa Tuhan kamu, apa agama (pegangan/cara hidup) kamu, dan apa pandangan kamu tentang laki-laki ini (Nabi Muhammad S.A.W). Dari riwayat Abu Daud, ada manusia yang boleh menjawab. Malaikat kemudia bertanya, “dari mana kamu tahu semua jwpn ini?” orang tersebut berkata, “daripada Kitab Allah”. Maka Malaikat berkata, “Ya, orang yang boleh menjawab soalan ini adalah orang yang ada hubungan dengan Kitab Allah”. Daripada hadis ini, menunjukkan mereka yang dpt menjawab soalan kubur adalah mereka yang rapat dengan Kitab Allah.
 
7. Rasulullah S.A.W bersabda, “Yang terbaik di kalangan kamu, ialah yang dpt belajar Al-Quran dan mengajarkannya” Kalau kita tahu seseorang itu tak betul, lebih baik kita ajak dia belajar bersama-sama. Kerana tugas kita adalah untuk belajar, dan apabila sudah pandai, ajari pula orang lain. 
 
8. Dalam Al-Quran ada asas akidah, asas syariat (hubungan hamba dengan Allah - ibadat, hubungan hamba dengan hamba yang lain – adat). Nabi S.A.W tunjuk cara bagaimana syariat Al-Quran dapat dihayati.
 
9. Hukum Allah tidak kena kepada orang seperti Nabi sahaja. Hukum Allah meliputi semua, lelaki, wanita, warga emas, miskin, kaya, hamba sahaya, merdeka, pemimpin, rakyat jelata dsb. Oleh itu dtgnya kepentingan para Sahabat yang terdiri drpd pelbagai jenis lapisan. Bagaimana agama dihayati oleh Nabi S.A.W dan para sahabat dalam memahami Kitab Allah.
 
10. Al-Quran ini mudah. Al-Quran ini boleh dibaca pd semua orang. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Qamar yg bermaksud sesungguhnya Allah telah memudahkan Al-Quran bagi mengenali Allah, memberi kefahaman kepada hamba bagaimana utk taat kepada Allah. Walaupun orang buta dan pekak boleh kenal Allah menerusi deria yg ada pada mereka. Jadi kita semua sebenarnya boleh berusaha. Walaupun sukar pada mulanya, usaha sikit sikit sehingga pandai Al-Quran. Oleh kerana Al-Quran ini mudah, maka kita jgn sukarnnya. Kena usaha Al-Quran diterima oleh orang lain secara mudah juga.
 
11. Al-Quran mesti dipelajari secara berguru. Kalau tanpa sandaran guru, manusia bebas mentafsirkan melalui akal fikiran. 
 
12. Masalah dalam dunia ini adalah kefahaman tentang agama. Dalam tajuk agama, ada pecah belah – wahabi, sufi etc. Asas masalah ini kerana tidak belajar, sekadar dengar-dengar shj.
 
13. Apabila kita belajar Al-Quran, ia tidak akan menjadikan kita ekstrim. Sebaliknya lebih berlemah lembut, lebih berhati2, tidak tuduh menuduh etc kerana Al-Quran ini melatih hamba menjadi hamba.
14. Kita sendiri mesti mengajar anak kita Al-Quran sebelum diajar oleh orang lain. 
 
15. Nabi S.A.W sebelum kedatangan wahyu, Baginda memang dikenali sebagai seorang yang baik dan berakhlak mulia. Selepas kedatangan Al-Quran, Baginda semestinya menjadi lebih baik. Begitu juga dengan anak-anak kita jika sebelum belajar Al-Quran sudah baik, apabila sudah belajar Al-Quran, pasti akan lebih baik. Ilmu apabila dipelajari akan menjadikan seseorang itu lebih baik.
 
16. Kebenaran dan mukjizat Al-Quran akan memecahkan banteng & hijab hati2 hamba yang mencari kebenaran.
 
17. Al-Quran menekankan mengenai akidah seseorang & membetulkan akidah manusia. Beza dgn Hadis Nabi ialah di mana banyak perkara dalam Hadis adalah berkaitan cara-cara amalan. Nabi menunjuk cara2 utk taat dgn terperinci dan sempurna. Al-Quran memberi tahu mengenai dasar2 taat.
 
18. Apabila berkaitan dengan cara zahir dalam melakukan amalan, sedikit sebanyak akan berlaku perselisihan. Maka timbullah perbezaan dari segi penghayatan. Bagi yang tidak mengaji Al-Quran, mereka beranggapan perselisihan ini besar. Sebaliknya dagi orang yang mengaji Al-Quran, perbezaan2 ini tidaklah besar kerana yang lebih penting adalah kepercayaan. Itulah sebab kenapa kesalahan dari segi amal tidak kekal dalam neraka. Seseorang yang dimasukkan kedalam neraka kerana amalannya seolah2 dimasukkan ke dalam hospital. Habis dosanya, masuklah dia ke dalam syurga. Tetapi kesalahan berkaitan akidah, tidak. Orang yang mati dalam keadaan akidahnya rosak, ‘geran neraka’ telah berada di tangannya (kekal dalam neraka).
 
19. Satu perkara yg perlu difahami adalah apabila dalam mengaji Hadis, kita jangan ketepikan Al-Quran. Kerana akan berlaku perselisihan. Sedangkan semua amal kita hanyalah kerana Allah. Jika kita bersengketa mengenai perselisihan ini, bagaimana kita hendak mengajak hamba2 Allah yang masih lagi jauh daripada Allah. Oleh itu perlu belajar Al-Quran terlebih dahulu sebelum belajar hadis. Inilah yang dilakukan oleh para Sahabat R.A yang mana mereka mengajar anak-anak mereka mengenai Al-Quran terlebih dahulu.
 
20. Rujuk kisah Bani Quraizah yang mana Nabi S.A.W membenarkan kedua-dua perbezaan jenis pendapat dari para sahabat. 
 
21. Al-Quran adalah Kitab yang menyatukan manusia. Allah yang akan menyatukan mereka semua jika mereka mentauhidkan Allah. Namun bukanlah Hadis Nabi S.A.W memecahkan manusia. Sebaliknya Hadis Nabi S.A.W memberi kemudahan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah S.W.T
 
22. Akidah itu bersangkut dengan Rukun Iman. Walaupun Rukun Iman ada 6 perkara, ia boleh dibahagikan kepada 2 kategori: Allah dan Akhirat. Beriman kepada Allah, Malaikat Allah, Nabi Allah, Kitab Allah, Takdir Allah semuanya berkaitan dengan Allah. Rukun Iman ini diberitahu di dalam Al-Quran dengan cara jelas.
 
23. Belajar Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan 2 Qul. Setidak2 nya baca 3 surah ini setiap hari.
 
24. Surah Al-Fatihah adalah ‘ibu’ Al-Quran. Bererti sesiapa yang memahami Surah Al-Fatihah, dia akan mudah memahami keseluruhan Al-Quran. Kerana apa yang ada dalam Al-Quran itu tidak akan lari dari Surah Al-Fatihah. Ia merangkumi 30 juzuk Al-Quran.
 
25. Rasulullah S.A.W menyatakan Surah Al-Fatihah merupakan bacaan antara hamba dengan Tuhannya. Sebahagian ayat untuk memuji Allah dan sebahagian ayat pemberian Allah kepada hambaNya.
 
26. Secara tafsirnya, “Al-ḥamdu -li-llāh” mewakili ¼ Al-Quran. “Rabbi -l-`ālamīn” mewakili ¼ Al-Quran. “Ar-raḥmāni -r-raḥīm” mewakili ¼ Al-Quran dan “Māliki yawmi -d-dīn” mewakili ¼ Al-Quran.
 
27. Makna Ketuhanan “Al-ḥamdu -li-llāh” adalah Allah Maha Mencipta. Ini adalah kefahaman orang Arab. Apabila disebut Allah, sifat paling zahir bagi orang Arab adalah Allah Maha Mencipta. Oleh itu dari segi akidahnya, dari surah Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa dan Al-Maidah yang mewakili ¼ Al-Quran menceritakan Allah lah yang Maha Mencipta. Maksud Maha Mencipta, segala2 yg berlaku dlm dunia ini bermula dari Allah S.W.T. Allah mencipta dari tiada kepada ada. Maka penderhakaan besarlah berlaku apabila hamba yang dicipta menderhakai Yang Mencipta.
 
28. Makna “Rabbi -l-`ālamīn” adalah Maha Memelihara. Maha Memelihara dihuraikan di dalam ¼ Al-Quran iaitu dari Surah Al-An’am hingga ke Surah Al-Isra. Ulama tafsir berkata, Al-Quran ini ada pelbagai perkara. Akan tetapi dari segi akidah dan ketuhanan, Allah ingin memberi kefahaman Allah lah Tuhan yang memelihara, melindungi kita dari bahaya, dan memberi keupayaan kepada kita. 
 
29. Makna “Ar-raḥmāni -r-raḥīm” pula Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. ¼ berikutnya iaitu dari Surah Kahfi hingga Surah Al-Ahzab, Allah memberitahu Allahlah yg mengurus dan mentadbir. Ulama Tafsir berkata Rahman berlaku kepada semua manusia, sama ada Islam atau tidak; Rahman Allah meliputi semua manusia. Rahim pula, dalam tafsir, mengasihani pd hamba2 yg taat di akhirat nanti. Di akhirat, Allah tidak akan membiarkan hambaNya yg dikasihi menerima kesusahan walaupun di dunia Allah melihat hambaNya sewaktu di dunia menempuh kesusahan. Contoh: Nabi Muhammad S.A.W yang berdarjat paling tinggi di sisi Allah; tetapi menempuh kesusahan lebih dari Nabi-Nabi yang lain. Tetapi bila wafat sahaja di sisi Allah, tidak akan berlaku lagi penderitaan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
 
30. Bahagian akhir, “Māliki yawmi -d-dīn” iaitu yang memiliki hari pembalasan. ¼ akhir Al-Quran bermula dari Surah Saba’ hingga akhir banyak menceritakan tentang hal ehwal Akhirat. Walaupun tidak sampai lagi ke sana, kita telah tahu mengenai Akhirat bagi membolehkan kita membuat persediaan rapi. Apabila kita belajar tafsir, akan tergambar dengan jelasnnya pada ¼ akhir Al-Quran berkaitan dengan akhirat dan Allahlah yang berkuasa di hari akhirat.31. Pada 'Iyyāka na`budu wa-'iyyāka nasta`īn, Abu Bakar R.A berkata “ Surah Al-Fatihah ini merupakan rahsia Al-Quran, tapi rahsia bagi Al-Fatihah adalah ayat ini”. Bererti sesiapa yang boleh memahami apa maskud ayat ini, dia boleh memahami apa maksud Al-Fatihah. Iaitu selepas Allah memberi tahu bahawa Dialah yang menciptakan kita, Dialah yg memelihara kita, Dialah yang mengurus dan mentadbir kita di dunia dan akhirat dan Allah lah yang berkuasa penuh di hari pembalasan, maka hanya pada Allah kita kita perlu beribadat dan memperhambakan diri; hanya Allahlah kita perlu meminta pertolongan, jangan pada yang lain. Jgn sesekali mensyirikkan Allah dalam apa shj keadaan.
 
32. Selepas hamba telah melakukan kesemua perkara di atas, mohonlah kepada Allah iaitu “Ihdinā -ṣ-ṣirāṭa -l-mustaqīm” (pimpinlah kami ke jalan yang lurus iaitu yang membawa ke syurga). Maksud pimpin di sini bukan sekadar menunjuk jalan akan tetapi memberi taufik dan hidayah pada setiap waktu dan keadaan agar tidak melakukan kesalahan. Jika ada berlaku kesalahan, maka kita akan sentiasa bertaubat dan meminta maaf. Supaya segala kesalahan belaku di dunia dan di akhirat hanya kebaikan yg dibawa. Mohon dipimpin Allah sepanjang masa kerana kita belum lagi sampai ke destinasi kita.
 
33. “Ṣirāṭa -l-laḏīna 'an`amta `alayhim ġayri-l-maġḍūbi `alayhim wa-lā -ḍ-ḍāllīn”. Allah telah memberitahu pilih jalan orang-orang sebelum kita yang telah di jamin syurga untuk mereka iaitu jalan pada Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin (rujuk surah An-Nisa). Bukan jalan Yahudi, Nasrani, Musyrikin dan Munafikin. Allah telah tunjukkan jalan-jalan Yahudi seperti dalam Surah Al-Baqarah, jalan Nasrani dalam surah Ali-Imran, Dalam Al-Maidah diberitahu mengenai Yahudi, Nasrani dan Munafikin, dalam Surah An-Nisa diberitahu mengenai Munafikin, dan mengenai Musyrikin dalam surah Al-An’am. Dalam Al-Quran inilah 4 golongan yang sesat. Yang lain adalah pecahan yang ini. Jadi apabila seseorang belajar Al-Quran dengan sempurna, dia dpt tahu mengenai golongan2 yg sesat melalui sifat yang Allah sebut mengenai golongan2 ini.
 
34. 2 Qul (Al-Falaq & An-Nas) disebut sebagai surah keselamatan. Dalam kedua2 surah ini mengandungi 11 ayat. Kedua-dua surah ini digunakan oleh Nabi S.A.W untuk menyembuhkan Baginda daripada sihir. Nabi S.A.W kemudian mengajarkan kepada umatnya, sebelum tidur, baca 2 Qul ini termasuk surah Al-Ikhlas dan sapu pada badan setakat mampu. Allah akan melindungi kita dari sihir. Apabila 2 Qul ini dibaca selepas Maghrib 3 kali dan selepas Subuh 3 kali, segala gangguan2 luar, Allah akan hindarkan sepanjang hari. Syaratnya mesti istiqomah.
 
35. Surah Al-Falaq adalah perlindungan dari segi keduniaan/jasmani dan Surah An-Nas perlindungan dari segi keagamaan. Surah An-Nas adalah bagi memohon perlindungan Allah dari bisikan2 manusia dan jin yg akan merosakkan agama kita yg akan menyebabkan penderitaan abadi di akhirat. 
 
36. Dalam membaca surah Al-Falaq, kita memohon perlindungan Allah atas beberapa masalah dengan menyebut nama Allah sekali iaitu Tuhan yang Menciptakan Waktu Pagi Hari. Iaitu perlindungan dari segala keburukan dan kejahatan, perlindungan daripada kejahatan malam – kerana selalunya perkara2 jahat akan dilakukan pada waktu malam dan perlindungan daripada sihir2 dan perlindungan daripada orang dengki yang ingin melakukan perbuatan yang memudaratkan orang yang dia dengki. Ini adalah surah yang menunjukkan penyerahan hamba kepada Tuhannya. Yakinlah Allah takkan hampakan hajat hambaNya yang memohon perlindungaNya melalui cara yang diajarkan oleh NabiNya.
 
37. Bagi masalah Rohani/keagamaan, 3 nama Allah disebut di dalam Surah An-Nas iaitu Pemelihara Manusia, Yang Menguasai Manusia, Pergantungan Manusia bagi melindungi manusia daripada 1 kejahatan iaitu bisikan makhluk yang merosakkan hati manusia sehingga terpesong akidah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan