Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Tasik Putrajaya

Tiada ulasan


Tasik Putrajaya sianggap sebagai permata pada mahkota, bagi Putrajaya. Tasik seluas 400 hektar ini diwujudkan dengan membentuk, mendalam dan menenggelamkan lembangan Sungai Chuau dan anak-anak sungainya. Hasilnya ialah sebuah tasik yang dibina dengan menggunakan kelebihan topologi sedia ada untuk melahirkan sebuah bandar raya dengan sebuah pulau di tengahnya-Pulau Utama. Bahagian lain bandar raya dibina di sekeliling tasik, dengan lapan jambatan menghubungkan Pulau Utama dengan tanah besar. Tasik ini memainkan peranan penting yang dalam pembinaan wetlands buatan manusia yang pertama di kawasan tropika.

Tasik Putrajaya dinina dalam dua peringkat, dengan Fasa 1 (1997-1998) membabitkan pembinaan empangan sementara merentasi hulu Sungai Chuau untuk membentuk satu pertiga daripada tasik. Empangan sepanjang 380 meter ini adalah empangan homogen isian tanah dengan ketinggian 13 meter dan aras puncak 25 Reduced Level atau Aras Laras (RL). Ini menghasilkan sebuah tasik dengan muatan simpanan 3.4 juta meter padu air dan persisiran antara tiga dan tujuk kilometre.
Air sungai mengalir masuk ke dalam tasik menerusi alur limpah saluran dikekalkan pada tahap 348 meter padu sesaat, dengan pengaliran keluar maximum pada kadar 245 meter padu sesaat. Paras banjir maksimum alir limpah ialah 23.9 meter.

Fasa 1A tasik siap dipenuhi air pada 1999 mengikut tahap yang dikehendaki 21.0RL atau 21 meter di atas paras laut, meninggalkan bahagian tengah dan hilir sungai, kering untuk ketja-kerja tanah dijalankan bagi peringkat pembinaan tasik seterusnya.

Fasa 1B bermula pada 1998 dengan pembinaan empangan kekal atau utama merentasi hilir sungai, di mana Tasik Putrajaya berakhir. Di bawah fasa ini, jumlah simpanan air tasik ditambah 23.1 juta meter padu dan persisirannya ditambah sepanjang 3-13 kilometer lagi. Empangan utama juga merupakan empangan homogen isian tanah ditutup permukaan batu sepanjang 700 meter, dengan aras puncak 23.5RL. Ia naik hingga ketinggian 15 meter. Fasa ini juga membabitkan pembinaan alur limpah berselirat di empangan utama. Alur limpah berselirat berukuran 280 meter ini diiktiraf sebagai terpanjang di Asia. Dengan kadar pengaliran masuk air 1,187 meter padu sesaat dan pengaliran keluar maksimum 904 meter padu sesaat, alur limpah canggih ini membantu mengekalkan air tasik pada paras yang stabil dengan membenarkan air dari tasik mengalir semula ke Sungai Chuau apabila berlaku banjir buruk.

Empangan sementara akhirnya dirobohkan untuk membolehkan pengaliran bebas air antara dua takungan tasik. Turut dirobohkan ialah penyumbat terusan dan alur limpah Fasa 1 untuk membolehkan Tasik Putrajaya mencapai paras air 21.0RL. Sasaran ini tercapai pada 3 Mei 2001, menyediakan tasik ini untuk memainkan peranannya.

Akhirnya, empangan kekotak yang memisahkan Fasa 1A dan Fasa 1B tasik telah dirobohkan oleh Perdana Menteri dalam satu upacara rasmi pada 20 Ogos 2002, menandakan selesainya pembinaan keseluruhan Tasik Putrajaya.

ALUR LIMPAH BERSELIRAT, SATU LAGI PENCAPAIAN ULUNG DI MALAYSIA.   

Salah satu ciri unik empangan kekal Tasik Putrajaya ialah reka bentuk alur limpah berselirat yang pertama sepertinya di Malaysia. Reka bentuk ini digunakan kerana ia menjimatkan kos dan bertindak cekap untuk mengekalkan paras air minimum semasa hujan lebat dan untuk mengelak lereng keliling tasik menjadi tidak stabil semasa banjir.

Alur limpah berselirat merupakan empangan limpahan yang berlipat pada sisi mendatar untuk memberikan jumlah ukuran berkesan yang lebih panjang bagi ukuran lebar tertentu alur limpah. Ia terletak di tembok penampan kanan Presint 5. Alur limpah sedemikian dipilih berbanding empang limpah lurus yang biasa kerana ia menambah muatan saluran keluar sambil mengekalkan kelebaran alur limpah. Alur limpah ini direka bentuk untuk menyalurkan banjir maksimum yang mungkin berlaku (PMF) dengan baki pelepasan yang nominal menurut amalan antarabangsa semasa, bagi empangan-empangan besar.

Kadar pengaliran keluar semasa PMF adalah kira-kira 1,187 meter padu sesaat dan paras air tasik dijangka meningkat kepada 22.9RL.

Kajian penyaluran banjir telah dijalankan untuk menentukan ketinggian empangan yang diperlukan dan reka bentuk aliran bagi alur limpah. Kajian model struktur fizikal alur limpah berselirat, pelongsor dan lembangan penenang telah dijalankan oleh Makmal Hidrolik, Universiti Malaya untuk menentukan parameter reka bentuk bagi alur limpah berselirat Tasik Putrajaya.

Sumber: Buku Perspektif Pembangunan Putrajaya

Tiada ulasan :

Catat Ulasan