Blog Rasmi Perbadanan Putrajaya

Lebih 300 peserta meriahkan LEBARUN Car Free Day Putrajaya

Tiada ulasan


PUTRAJAYA, 23 JUN 2019 – Presiden Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Bin Hassim melepaskan lebih 300 peserta larian LEBARUN di Program Car Free Day (CFD) Putrajaya bertempat  di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Julung kali diadakan, LEBARUN atau larian lebaran diadakan bagi memeriahkan lagi suasana dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. LEBARUN melibatkan larian sepanjang 5 km bermula dari PPj melalui Persiaran Perdana (bouleverd) Putrajaya hingga ke Masjid Putra dan berpatah balik ke PPj.  

Kelainan penganjuran larian pada kali ini, para peserta akan mengenakan busana raya serta perlu melengkapkan tugasan misteri untuk mendapatkan medal yang terhad untuk 300 peserta terawal. Selain itu,  peserta juga turut berpeluang untuk memenangi pertandingan pakaian terbaik yang diadakan.

YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Presiden PPj bersuafoto bersama peserta Lebarun CFD Putrajaya

YBhg. Datuk Dr. Aminuddin Hassim, Presiden PPj bersama sekretariat CFD Putrajaya

CFD Putrajaya turut dimeriahkan dengan persembahan busking dari kumpulan The Kelaut yang terdiri daripada cikgu-cikgu di Putrajaya,  aktiviti senamrobik hari raya dan aktiviti sukan tradisional jejak taman Putrajaya.

Persembahan Band Kelaut, Cikgu-cikgu Putrajaya

Program CFD Putrajaya merupakan program bulanan PPj yang diadakan setiap minggu pertama hari Ahad, bertujuan mengurangkan kadar pelepasan karbon dari asap kenderaan serta menggalakkan aktiviti riadah di kalangan warga Putrajaya di samping sebagai medium terbaik untuk menyemarakkan elemen keceriaan serta kemeriahan di kawasan Persiaran Perdana, Presint 2, 3 & 4.

Pada April lalu, CFD Putrajaya telah berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Record (MBoR) dalam pelaksanaan tujuh disiplin sukan iaitu acara berlari, berbasikal, berenang, berkayak, mendaki tangga, membuat terjunan bebas (base jump) dan berkuda. CFD juga pernah menerima kunjungan tetamu VVIP YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan serta Ketua Setiausaha Negara.




Tiada ulasan :

Catat Komen