Kibaran Bendera Perbadanan Putrajaya di Puncak Rinjani
Tahniah diucapkan kepada 5 orang pendaki Perbadanan Putrajaya yang telah berjaya mengibarkan Bendera Perbadanan Putrajaya di Puncak Gunung Rinjani, Indonesia (3726M) pada 28 April 2014. Ekspedisi pendakian ini turut disertai oleh 2 orang komuniti Putrajaya.Sebagai persediaan fizikal dan mental bagi menjayakan ekspedisi ini, para peserta telah menjalani latihan pendakian di Gunung Berembun, Terengganu pada 4-6 April 2014.
Tahniah diucapkan kepada kesemua peserta ekspedisi. Semoga kerjasama antara Perbadanan Putrajaya dan Komuniti Putrajaya dalam mengharum serta memperkenalkan Malaysia dan Putrajaya khususnya kepada semua. Semoga ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Kesemua pendaki dijangka pulang ke tanahair pada 1 Mei 2014.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan