Memaparkan catatan dengan label Bangunan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bangunan. Papar semua catatan
Istana Kehakiman, Putrajaya
FairusPadzil
Kompleks Kehakiman merupakan sebuah
mercu tanda baru negara dengan kubah, tiang dan gerbang seni bina Moor.
Bangunan ini membawa pengaruh berciri Islam tersebut ke tahap evolusi
seterusnya. Hasilnya: wajah kompleks mahkamah baru Malaysia yang unggul dan
tidak akan ditelan zaman.
Falsafah reka bentuk Kompleks
Kehakiman adalah berasaskan tiga prinsip yang jelas melambangkan sistem
perundangan negara: keseimbangan, kesaksamaan dan keruntuhan. Tiga peinsip ini
diperlihatkan secara simbolik pada seni binanya.
Kompleks ini, yang terletak di
Presint 1 sepanjang Boulevard, merangkumi blok Pentadbiran Utama 5 tingkat
dengan bangunan satelit 2 tingkat terletaknya mahkamah. Blok Pentadbiran boleh
dikenalpasti dengan kubahnya yang tinggi menandakan bahawa undnag-undang Allah.
Sementara itu, deretan tiang kembar dengan junjung muqarnas melambangkan
institusi yang menegakkan keadilan untuk semua.
Warna dan tekstur dari sumber
tempatan digunakan untuk mewujudkan keharmonian antara pelbagai bahagian
bangunan. Muka bangunan, yang sebahagian besarnya berwarna keputihan untuk
mencerminkan ketelusan mahkamah, terletak di atas dinding batu diusangkan
denganwarna warna gelap bagi melambangkan asas yang kuat dan kukuh. Kekayaan
warisan seni hiasan Melayu diperlihatkan pada dinding layar, pediment tingkap
dan laluan terbuka, yang dihiasi motif geometri dan bunga tradisional.
Kompleks kehakiman akan terus menjadi
latak belakang perarakan dan perayaan negara-peranan yang secara eksklusif
dikhaskan untuk kompleks mahkamah Persekutuan sejak negara mencapai kemerdekaan
pada 1957.
Seri Perdana, Kediaman Rasmi Perdana Menteri
FairusPadzil
Seri perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia, tersergam megah sebagai alamat kediaman terunggul di Putrajaya. Bangunan ini telah direka bentuk untuk memainkan dua peranan berasingan: sebagai kediaman rasmi Perdana Menteri dan juga sebagai tempat menyambut dan meraikan tetamu rasmi Perdana Menteri. Maka Seri Perdana terkenal buka hanya sebagai sebuah kediaman rasmi peribadi yang unggul tetapi juga sebuah bangunan awam.
Terletak di puncak anak bukit di pinggir Tasik Putrajaya, Seri Perdana mengukir pemandangan latar yang indah dan tenteram bagi pusat bandar yang menempatkan bangunan awam seperti Perdana Putra, Masjid Putra dan Dataran Putra.
Hampir 80 peratus daripada kawasan seluas 17.2 hektar ini telah dilandskap, supaya bersepadu dengan konsep reka bentuk Putrajaya sebagai Bandar Raya Taman. Di luar pagarnya terletak Taman Botani dan Putrajaya Wetlands di sebelah selatan, yang menyemarakkan lagi suasana taman tropika Seri Perdana. Kawasan di sebelah utara dan baratnya pula dikhaskan untuk rumah-rumah kediaman eksklusif.
Seri Perdana berdiri megah sebagai sebuah kediaman yang terpisah daripada mercu tanda lain di Putrajaya oleh air dan gaya seni binanya. Namun, ia tetap merupakan sebahagian daripada rancangan pembangunan bersepadu Putrajaya secara keseluruhannya, terutama sekali dari segi hubungannya dengan Perdana Putra yang tersergam indah di seberang Tasik Putrajaya.
Kedudukannya mengikut hala utara-selatan adalah selari dengan susunan kedudukan Perdana Putra, Dataran Putra dan Boulevard. Dari segi visual, kaitan paling jelas antara Pejabat dan Kediaman Perdana Menteri Ialah Kubah utamanya, sepasang mercu tanda hijau berkilauan uang dijajarkan sebaris.
Dibina pada penghujung abad ke-20, seni bina Seri Perdana telah diilhamkan daripada pelbagai pengaruh, yang menghasilkan sebuah bangunan yang benar-benar bewatak Malaysia-Islam dan berwajah sejagat. Paling menarik sekali, kediaman terulung di Malaysia ini menggabungkan unsur-unsur seni bina terbaik zaman silam dan masa kini, untuk mencipta satu warisan untuk zaman akan datang.
Reka bentuk Seri Perdana menghidupkan warisan seni bina rumah Melayu Traditional dengan susunan ruang sebaris dikelilingi gerbang, tingkap, pintu, beranda dan selang, ditutup oleh bumbung limas. Reka bentuk yang juga praktikal ini mencerminkan kaitan rapat antara unsur-unsur seni bina dan iklim tempatan yang lembap dan bersuhu tinggi, dengan hujan lebat serta pancaran dan silau matahari.
Tingkap, pintu, tingkap kipas, jeriji dan tingkap kekisi membolehkan pengaliran lintang udara dalam seluruh bangunan Seri Perdana. Bumbung yang tinggi memudahkan pengaliran air apabila hujan lebat, manakala ujurnya yang lebar mengurangkan silau apabila cuaca panas. Segala ciri ini membantu memastikan udara dalam bangunan sentiasa dingin dan segar.
Walaupun seni bina Seri Perdana dikuasai oleh reka bentuk rumah Melayu tradisional dan Islam, bangunan ini turut menggabungkan beberapa unsur barat dan kontemporari untuk mencerminkan pemikiran sejagat rakyat Malaysia. Unsur seni bina formal Eropah seperti syiing tinggi, tiang seri dan tangga lebar yang melingkar, mencipta keanggunan dan ketersergaman kediaman rasmi Perdana Menteri.
Seri Perdana merangkumi tiga blok yang disambungkan oleh beberapa laluan atau selang. Setiap blok mempunyai fungsi yang tersendiri:
- Blok Sambutan/Protokol Utama merupakan ruang menyambut tetamu rasmi
- Blok Bankuet untuk majlis formal. Kedua-dua Blok Sambutan/Protokol Utama dan Blok Bankuet dibuka kepada orang ramai untuk lawatan berpandu.
- Blok Kediaman adalah tempat kediaman Perdana Menteri
Blok Sambutan/Protokol Utama menduduki tempat teratas di anak bukit setinggi 70 meter, dengan kubah berbentuk bawang berkilauan di atasnya. Blok ini diapit oleh Blok Bankuet (di sebelah barat) dan Blok Kediaman (di sebelah timur) yang ditutup bumbung limas Melayu tradisional yang memberikan simetri dan perseimbangan kepada kompleks bangunan.
Perbezaan ketinggian disebabkan tapak bangunan terletak di lereng yang menurun dari aras 70 meter sehungga 21 meter di atasi dengan pembinaan beberapa teres. Ini mengurangkan risiko mengubah topografi asal lereng bukit yang beralun dan sebaliknya menghasilkan struktur bertingkat-tingkat seperti lazimnya terdapat dalam kediaman Melayu tradisional, dengan paras lantai berlainan untuk menandakan fungsi yang berlainan.
Perancangan, keselamatan dan kehidupan peribadi diberi penekanan utama di Seri Perdana. Segala langkah telah diambil untuk memisahkan kawasan awam dan blok kediaman demi melindungi keselamatan dan kehidupan peribadi Perdana Menteri dan keluarganya. Orang ramai yang ingin menyertai lawatan berpandu dikehendaki menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke dalam bangunan. Lawatan dihadkan kepada Blok Sambutan/Protokol Utama dan Blok Bankuet, yang menyediakan laluan untuk kerusi roda, sama seperti bahagian lain di Seri Perdana. Kesemua bahagian bangunan boleh dimasuki melalui selang, tanjakan dan lif.
Masjid Putra Putrajaya Diilhamkan dari Seni Bina Islam Parsi zaman Safavid
FairusPadzil
Masjid Putra memukau mata yang memandang. Ia berdiri megah di bandar raya Putajaya dengan dua cirinya yang tersendiri: iaitu warna dan lokasinya. Masjid berwarna merah jambu suram ini bergermelapan apabila dipancar sinaran matahari, dengan cahaya dipantulkan dari susunan ubin pada kubah utamanya. Tiga suku daripada tapaknya terletak di atas air, yang mewujudkan permandangan yang mengagumkan, seakan terapung di atas tasik Putrajaya.
Masjid Putarjaya mencerminkan evolusi reka bentuk masjid-masjid di Malaysia dengan seni binanya yang berciri Islam mengambil kira unsur-unsur reka bentuk dan seni kraf traditional, bahan-bahan tempatan dan keadaan cuaca tropika Malaysia. Diilhamkan oleh seni bina Islam Parsi zaman Safavid, ia menerapkan beberapa unsur daripada pelbagai budaya Islam yang lain.
Pintu masuk utamanya menyerupai gaya pintu besar bangunan-bangunan awam di negara Parsi. Sebahagian besar bangunannya dibina daripada granit bertinta merah jambu, yang diimbangi oleh hiasan kayu cengal untuk menyerlahkan ciri-ciri hiasan kayu cengal untuk menyerlahkan ciri-ciri hiasan pada pintu, tingkap dan panel. Manakala kubah utamanya, yang menguasai kaki langit Putrajaya, merupai kubah masjid-masjid di Iran. Ia diperbuat daripada kaca gentian bertetulang dan dihiasi ubi mozek kaca merah jambu dan kuning air yang disusun dalam corak geometri untuk menghasilkan kubah menarik yang bolej dilihat dari jauh.
Masjid Putra merangkumi tiga ruang utama:
- Dewan Sembahyang
- Sahn atau halaman, dengan menara azan
- Kemudahan belajar dan bilik-bilik majlis
Dewan sembahyang terletak di atas Tasik Putrajaya, yang sedalam kira-kira antara tiga hingga enam meter di kawasan ini. Ia merangkumi tiga bentuk berbilang peringkat:
- Daratan luar, yang menempatkan empat dinding masjid
- Oktagon, di sujud dataran. Terdapat lapan oktagon yang membentuk tapak lapan kubah kecil mengelilingi kubah utama.
- Bulatan terkedalam yang menandakan garis lilit kubah utama.
Di dalamnya terbentuk ruang yang sederhana, anggun dan lapang, tanpa dinding dalaman. Sebaliknya, 12 tiang menjulang setinggi bangunan 10 tingkat untuk menyokong kubah utama yang mempunyai garis pusat 36 meter. Dewan yang luas tersergam ini tidak dipasang kipas atau pendingin hawa, namun udara di dalamnya dialirkan oleh hembusan bayu dari laman dan tasik yang membawa udara nyaman melalui penyalur udara pada tiang-tiang dan ruang terbuka di atas tingkap kaca hiasan berwarna merentasi serambi, masyrabiyah atau kekisi menegak. Ciri-ciri ini bergabung untuk mewujudkan ruang sembahyang yang cukup selesa dan dingin. Manakala ‘tudung’ yang mengelilingi kubah dan serambi tertutup mengurangkan silau dan menepis hujan yang kerap turun di bumi tropika Malaysia.
Titik tumpuan dalam dewan sembahyang ialan mimbar dan mihrab, yang menandakan arah kiblat di Mekah. Kedua-duanya dihiasi ukiran seni Khat.
Dewan ini boleh memuatkan 8,000 jemaah lelaki di aras bawah dan 2,000 jemaah wanita di galeri tingkat satu, yang terlindung di sebalik tabir ukiran kayu halus. Lif dari lobi mengangkut jemaah wanita ke galeri yang menghadap dewan sembahyang utama.
Sahn atau laman berturap yang terletak di depan dewan sembahyang boleh memuatkan sehingga 5,000 jemaah. Laman terbuka ini dilandskap indah dengan beberapa hiasan air. Bahagian tepinya yang lain dipagari jajaran tiang dengan bumbung berbentuk payung seperti yang terdapat di Masjid Negara.
Struktur tertinggi di laman ini ialah menara azan 116 meter, yang diilhamkan dari Masjid Sheikh Omar di Baghdad. Ia mempunyai lima aras yang melambangkan lima Rukun Islam dan lima sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Keratan rentas menara berasaskan bintang berciri Islam yang terbentuk dengan memutar bentuk empat segi. Corak bintang juga terdapat pada lantai sahn.
Kemudahan belajar dan bilik-bilik majlis terletak di aras bawah tanah yang dibahagi kepada tiga sayap. Sayap Utara ialah pusat pembelajaran agama dengan bilik kuliah, bilik seminar, bilik manuskrip dan pejabat pentadbiran. Sayap selatan menempatkan kediaman pengawas masjid dan bilik urusan Jenazah. Sayap Timur pula memuatkan 420 auditorium yang boleh memuatkan 420 orang, dewan pameran dan sebuah dewan jamuan besar untuk 400 orang tetamu. Ia juga merangkumi tempat mengambil wuduk dan tandas yang terletak betul-betul di bawah sahn.
Masjid Putra mempunyai kemasan yang indah. Lantai dewan sembahyang utama dilitupi permaidani keluaran tempatan, yang dibuat daripada 80 peratus benang bulu dan 20 peratus nilon dengan corak motif berciri Islam. Pintu-pintu utama dihiasi kekisi kayu cengal keras berukir setebal 75 milimeter. Tiang-tiangnya dikemaskan dengan kepingan granit berkilat meraj jambu. Selain tiang, kaca hiasan berwarna di masjid ini juga merupakan ciri tradisional hiasan berwarna di masjid ini juga merupakan ciri tradisional hiasan seni bina Islam. Kaca hiasan berwarna bermotif Islam ini diletakkan di antara kembar kaca jernih dan tebal, yang terpasang pada rangka aluminium. Dinding luarannya dibentuk kemasan lapisan semburan serpihan granit.
Di bahagian luar, kubah-kubahnya terbentuk daripada gentian kaca yang diperkuatkan dan disempurnakan dengan kemasan ubin mozek. Kemasan siling di bawah kubah utama diperbuat daripada plaster gypsum setebal 12 milimeter dengan motif-motif hiasan Islam. Menara azan di hadapan Masjid pula dikemasi dengan kepingan granit merah jambu di bahagian bawah dan lapisan semburan serpihan granit di bahagian atas.
Dinding panel kayu auditorium telah dipasang dengan bahan-bahan akustik bermutu tinggi manakala silingnya diperbuat daripada plaster gipsum. Lantai dewan pameran, kaki lima dewan jamuan dan dewan masuk diperbuat daripada granit bergilap manakala dindingnya dikemasi dengan lepa simen dan cat. Kepingan gipsum yang dipasang pada rangka-T aluminium membentuk siling ketiga-tiga ruang tersebut. Dewan-dewan kuliah, Perpustakaan Al-Quran dan pejabat-pejabat menggunakan bahan-bahan yang serupa untuk kemasan.
MENERUSKAN TRADISI HIASAN
Pakar-pakar kraf dari Magribi bertanggungjawab mengukir hiasan dan ayat-ayat Al-Quran daripada gypsum manakala pakar-pakar pertukangan kayu bertanggunjawab membuat panel hiasan kayu cengal.
Masjid putra yang terletak berdekatan dengan Perdana Putra dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid Putra merupakan salah satu mercu tanda dan kebangaan yang terdapat di Putrajaya. Oleh kerana sebahagian besar masjid dikelilingi oleh Tasik Putrajaya, Masjid Putra akan kelihatan seperti terapung di atas air.
Uniknya masjid ini kerana warnanya yang berwarna merah jambu apabila terkena sinaran matahari iannya akan bergemerlapan. Masjid ini juga telah diilhamkan daripada seni bina parsi pada zaman Safavid. Penggunaan kayu cengal menjadi pilihan dan digunakan untuk pintu, jerejak dan pemindang masjid bagi menghidupkan seni ukir menarik yang mengetengahkan seni ukir tradisional Melayu. Secara keseluruhan ketinggian masjid ini bersamaan dengan bangunan 21 tingkat dan mempunyai empat aras yang terdiri dengan fungsinya tersendiri.
Masjid Putra mampu menampung 8,000 jemaah lelaki di dewan utama (aras bawah), 2,000 jemaah wanita di dewan utama (aras atas), 5,000 jemaah di laman, manakala di auditorium pula seramai 420 orang jemaah dan seramai 400 tempat di dewan bankuet.
Para pelancong yang ingin memasuki Masjid Putra perlu menggunakan jubah yang telah disediakan oleh pihak pengurusan sebelum memasuki dewan sembahyang.
Secara keseluruhannya pembinaan Masjid Putra ini yang masih mengekalkan indentiti masyarakat Melayu dengan ukiran-ukiran yang diabadikan dalam rekaan Masjid Putra adalah sesuatu yang perlu dikagumi kerana ianya mewakili keunikan Malaysia itu sendiri.
Sumber: Buku Perspektif Pemaju Putrajaya
Langgan:
Catatan
(
Atom
)