Perbezaan antara Perbadanan Putrajaya (PPJ/PJC) dengan Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH)
Ramai yang masih keliru dengan singkatan PPJ/PJC dan PJH.
PPJ atau PJC merupakan singkatan kepada Perbadanan Putrajaya (PPJ) ataupun Putrajaya Corporation (PJC) manakala PJH adalah singkatan kepada Putrajaya Holdings Sdn Bhd.
Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1996 di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Putrajaya. Pada 1 Febuari 2001, melalui Pindaan Perlembagaan (Akta 2001) [Akta A1095], Putrajaya telah diistiharkan sebagai sebuah Wilayah Persekutuan. Perbadanan Putrajaya merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutaan dan dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Manakala, Putrajaya Holdings pula adalah Pemaju Utama Putrajaya. Ia telah ditubuhkan pada 19 Oktober 1995 dan dipertanggungjawabkan merancang dan membangunkan Putrajaya berdasarkan Pelan Induk Putrajaya. Pemegang saham Putrajaya Holdings adalah Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), syarikat petroleum negara; Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), cabang pelaburan Kerajaan Malaysia; dan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).
Maka secara kasarnya PPJ/PJC adalah organisasi yang menjalankan fungsi kerajaan tempatan dan PJH adalah pemaju pembangunan Putrajaya. Diharap dengan penerangan serba ringkas ini, tidak akan ada lagi kekeliruan diantara PPJ/PJC dengan PJH.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan