Tasik Putrajaya sianggap sebagai
permata pada mahkota, bagi Putrajaya. Tasik seluas 400 hektar ini diwujudkan
dengan membentuk, mendalam dan menenggelamkan lembangan Sungai Chuau dan
anak-anak sungainya. Hasilnya ialah sebuah tasik yang dibina dengan menggunakan
kelebihan topologi sedia ada untuk melahirkan sebuah bandar raya dengan sebuah
pulau di tengahnya-Pulau Utama. Bahagian lain bandar raya dibina di sekeliling
tasik, dengan lapan jambatan menghubungkan Pulau Utama dengan tanah besar. Tasik
ini memainkan peranan penting yang dalam pembinaan wetlands buatan manusia yang
pertama di kawasan tropika.
Tasik
Putrajaya dinina dalam dua peringkat, dengan Fasa 1 (1997-1998) membabitkan
pembinaan empangan sementara merentasi hulu Sungai Chuau untuk membentuk satu
pertiga daripada tasik. Empangan sepanjang 380 meter ini adalah empangan
homogen isian tanah dengan ketinggian 13 meter dan aras puncak 25 Reduced Level
atau Aras Laras (RL). Ini menghasilkan sebuah tasik dengan muatan simpanan 3.4
juta meter padu air dan persisiran antara tiga dan tujuk kilometre.
Air sungai mengalir masuk ke dalam
tasik menerusi alur limpah saluran dikekalkan pada tahap 348 meter padu sesaat,
dengan pengaliran keluar maximum pada kadar 245 meter padu sesaat. Paras banjir
maksimum alir limpah ialah 23.9 meter.
Fasa
1A tasik siap dipenuhi air pada 1999 mengikut tahap yang dikehendaki 21.0RL
atau 21 meter di atas paras laut, meninggalkan bahagian tengah dan hilir
sungai, kering untuk ketja-kerja tanah dijalankan bagi peringkat pembinaan
tasik seterusnya.
Fasa
1B bermula pada 1998 dengan pembinaan empangan kekal atau utama merentasi hilir
sungai, di mana Tasik Putrajaya berakhir. Di bawah fasa ini, jumlah simpanan
air tasik ditambah 23.1 juta meter padu dan persisirannya ditambah sepanjang
3-13 kilometer lagi. Empangan utama juga merupakan empangan homogen isian tanah
ditutup permukaan batu sepanjang 700 meter, dengan aras puncak 23.5RL. Ia naik
hingga ketinggian 15 meter. Fasa ini juga membabitkan pembinaan alur limpah
berselirat di empangan utama. Alur limpah berselirat berukuran 280 meter ini
diiktiraf sebagai terpanjang di Asia. Dengan kadar pengaliran masuk air 1,187
meter padu sesaat dan pengaliran keluar maksimum 904 meter padu sesaat, alur
limpah canggih ini membantu mengekalkan air tasik pada paras yang stabil dengan
membenarkan air dari tasik mengalir semula ke Sungai Chuau apabila berlaku
banjir buruk.
Empangan
sementara akhirnya dirobohkan untuk membolehkan pengaliran bebas air antara dua
takungan tasik. Turut dirobohkan ialah penyumbat terusan dan alur limpah Fasa 1
untuk membolehkan Tasik Putrajaya mencapai paras air 21.0RL. Sasaran ini
tercapai pada 3 Mei 2001, menyediakan tasik ini untuk memainkan peranannya.
Akhirnya,
empangan kekotak yang memisahkan Fasa 1A dan Fasa 1B tasik telah dirobohkan
oleh Perdana Menteri dalam satu upacara rasmi pada 20 Ogos 2002, menandakan
selesainya pembinaan keseluruhan Tasik Putrajaya.
ALUR LIMPAH BERSELIRAT, SATU LAGI PENCAPAIAN ULUNG DI MALAYSIA.
Salah satu ciri unik empangan kekal
Tasik Putrajaya ialah reka bentuk alur limpah berselirat yang pertama
sepertinya di Malaysia. Reka bentuk ini digunakan kerana ia menjimatkan kos dan
bertindak cekap untuk mengekalkan paras air minimum semasa hujan lebat dan
untuk mengelak lereng keliling tasik menjadi tidak stabil semasa banjir.
Alur limpah berselirat merupakan
empangan limpahan yang berlipat pada sisi mendatar untuk memberikan jumlah
ukuran berkesan yang lebih panjang bagi ukuran lebar tertentu alur limpah. Ia
terletak di tembok penampan kanan Presint 5. Alur limpah sedemikian dipilih
berbanding empang limpah lurus yang biasa kerana ia menambah muatan saluran
keluar sambil mengekalkan kelebaran alur limpah. Alur limpah ini direka bentuk
untuk menyalurkan banjir maksimum yang mungkin berlaku (PMF) dengan baki
pelepasan yang nominal menurut amalan antarabangsa semasa, bagi empangan-empangan
besar.
Kadar pengaliran keluar semasa PMF
adalah kira-kira 1,187 meter padu sesaat dan paras air tasik dijangka meningkat
kepada 22.9RL.
Kajian penyaluran banjir telah
dijalankan untuk menentukan ketinggian empangan yang diperlukan dan reka bentuk
aliran bagi alur limpah. Kajian model struktur fizikal alur limpah berselirat,
pelongsor dan lembangan penenang telah dijalankan oleh Makmal Hidrolik,
Universiti Malaya untuk menentukan parameter reka bentuk bagi alur limpah
berselirat Tasik Putrajaya.
Sumber: Buku Perspektif Pembangunan Putrajaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan