Ratusan pengunjung mengambil peluang bersama-sama
bersantai di aktiviti Singgah Seni Putrajaya yang diadakan di Dataran Putrajaya
Presint 3.
Pada minggu ni, Singgah Seni menampilkan persembahan
tarian kebudayaan istimewa dari Institut Seni Indonesia, Padang Panjang
Sumatera Barat. Tarian yang dipersembahkan antaranya Tarian Bagarau, Tarian
Piring, Tari Rantak, Tari Indang malah turut diadakan persembahan lagu Inang
dan peragaan atau pertunjukan busana dari Minangkabau. Selain itu, acara
busking jualan foodtruck turut diadakan di sekitar program Singgah Seni.
Acara singgah seni merupakan acara mingguan anjuran
Perbadanan Putrajaya diadakan di Dataran Putrajaya Presint 3 bermula dari jam 6
petang hingga 11 malam. Program yang diberi nafas baru dengan persembahan
kesenian dan kebudayaan yang lebih santai dan sesuai untuk seisi keluarga dalam
usaha menggalakkan program-program berbentuk kesenian di Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan